Fri. Dec 27th, 2024

Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA) menganjurkan Anugerah PERSAMA 2024 yang merupakan acara tahunan bagi pencalonan bahan-bahan ilmiah atau karya yang menyumbang kepada penemuan dalam bidang Sains Matematik. Antara kategori anugerah adalah reka cipta matematik. Oleh itu, dengan kerjasama bersama antara Sekolah Kebangsaan Batu Berendam Melaka dan Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat UKM, satu inovasi reka cipta matematik dihasilkan yang dinamakan Smart RoMat. Smart RoMat merupakan robot matematik yang mengintegrasi elemen STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Matematik) bagi membantu murid menguasai dan menyelesaikan masalah berkaitan operasi tambah. Inovasi Smart RoMat membolehkan murid menukarkan ayat matematik kepada bentuk lazim. Inovasi Smart RoMAT mengandungi koleksi soalan-soalan matematik bagi operasi tambah yang mengandungi nilai digit ‘sa’, ‘puluh’ dan ‘ratus’ serta pelbagai aktiviti-aktiviti PAK21 (Pembelajaran Abad ke-21) yang interaktif. Inovasi Smart RoMat duji ke atas murid yang tidak menguasai kemahiran menyelesaikan masalah menggunakan bentuk lazim untuk operasi tambah. Hasil ujian mendapati bahawa murid dapat menyelesaikan operasi tambah bagi nombor dalam lingkungan 0 hingga 1000. Murid juga dapat menyelesaikan masalah tambah mengikut nilai tempat dengan betul melalui aktiviti yang disediakan. Maka, penghasilan inovasi Smart RoMat berjaya mengatasi masalah pembelajaran operasi tambah bagi murid dan menjadi alat bantu mengajar bagi guru supaya proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan lancar. Oleh itu, Anugerah PERSAMA 2024 menganugerahkan inovasi Smart RoMat sebagai pemenang utama kategori reka cipta matematik. Majlis Anugerah PERSAMA 2024 diadakan semasa majlis makan malam Simposium Kebangsaan Sains Matematik ke-31 (SKSM31) pada 11 September 2024 di The Waterfront Hotel, Kuching, Sarawak.

 

Oleh:
Ruzzakiah Jenal
ruzzakiahjenal@ukm.edu.my

Pengarang Bersama:
Ruz Zarina Jenal
Nurain Naquiah Ruslan
Shasha Salleh

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *