Fri. Dec 27th, 2024

EduTrip daripada Sekolah Jalan Empat ke FTSM telah berlangsung pada 18 Disember 2023. Kunjungan ilmu ini bagi memberi inspirasi dan pengalaman kepada 18 krew TV Jess yang terdiri daripada pelajar tingkatan 4 dan 5 berkaitan ilmu dan tips dalam fotografi dan videografi. Krew Jess diiringi oleh dua guru iaitu Puan Syahirah Hanim Idris dan Hanilah ramli telah dibawa melawat fasiliti pembelajaran kampus di Fakulti Teknologi & Sains Maklumat antaranya dewan kuliah, bilik Aktiv, makmal robotik serta ruang studio. Program EduTrip ini dijayakan oleh 6 ahli VIC yang berdedikasi yang diketuai Kamarul Hamizi Kamaludin dan diselia oleh 2 orang penasihat VIC iaitu Ts Pn Masura Rahmat dan Dr Syahanim Mohd Salleh. Program bermula dengan sesi taaruf dan taklimat lawatan di Dewan Multimedia FTSM diikuti perkongsian teknik dan tips berkaitan videografi dan fotografi bertempat di bilik Aktiv BK7. Perkongsian daripada kelab VIC dan sesi soal-jawab aktif telah berjaya mencapai objektif EdutTrip iaitu mewujudkan kemahiran berfikir dan idea kreatif dalam menghasilkan video dan fotografi yang berkualiti. Pada lawatan ini juga pelajar berpeluang melawat makmal Arvis, dan studio FTSM. Pelajar berpeluang mengambil gambar bagi megabadikan kenangan pada lawatan ini. Walaupun tempoh rancangan terhad, program separuh ahri EduTrip telah berjalan dengan lancar dan berjaya diurus dengan baik berdasarkan maklum-balas yang diterima diakhir program daripada guru dan krew JESS.

 

Oleh:
Syahanim Mohd Salleh
syahanim@ukm.edu.my

Pengarang Bersama:
Masura Rahmat
Hadi Affendy Dahlan
Nurhidayah Bahar
Tengku Siti Maryam Tengku Wook

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *