Thu. Dec 26th, 2024

Skrip Video Interaktif yang digunakan dalam Video Interaktif Pembelajaran Asas Tanaman Sawit (SAVID) merupakan inovasi penting dalam pembelajaran asas tanaman sawit. Skrip ini adalah rangka utama bagi video interaktif yang mengandungi elemen penceritaan secara keseluruhan berkaitan setiap topik dan menggabungkan elemen teks, audio, visual, gambar, dan animasi menjadi satu modul pembelajaran interaktif yang efektif. Skrip yang dihasilkan dengan gaya bahasa santai dan mudah difahami ini adalah bertujuan untuk memudahkan pemahaman pekebun sawit dan generasi muda. Beberapa peringkat penilaian telah dilakukan dalam kalangan ahli penyelidik dan pemegang taruh. Setiap maklumat yang terkandung telah melalui proses pengesahan oleh panel pakar dari Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) bagi memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat. Skrip SAVID menggabungkan dua modul utama, iaitu penanaman dan penyelenggaraan sawit, yang disampaikan dengan kaedah interaktif untuk meningkatkan minat dan kefahaman pengguna. Skrip ini bukan sahaja memudahkan penyampaian naratif dalam video tetapi juga memastikan mesej disampaikan adalah jelas dan mudah diikuti oleh penonton. Penggunaan skrip yang berkesan dalam SAVID juga membantu Pegawai TUNAS (Tunjuk Ajar dan Nasihat) di MPOB dalam melaksanakan latihan kepada pekebun sawit dengan lebih efisien, sekaligus menjimatkan kos. Proses pembelajaran kendiri juga dipermudah serta membolehkan pekebun mendapatkan ilmu dengan berkesan. Selain itu, skrip ini telah digunakan dalam pembangunan aplikasi SAVID dan telah melalui beberapa fasa pengujian yang melibatkan pakar bidang, pekebun, Pegawai TUNAS, dan juga belia. Respon yang diterima daripada pengguna adalah sangat baik, menunjukkan keberkesanan dan kualiti tinggi skrip ini dalam menyampaikan maklumat. Sebagai harta intelek, skrip ini mempunyai nilai yang tinggi kerana ia adalah hasil kerja kreatif dan inovatif yang menggabungkan pengetahuan pakar dengan teknologi video untuk menghasilkan bahan pembelajaran yang berkualiti. Skrip ini adalah contoh bagaimana inovasi dalam penyampaian maklumat dapat meningkatkan kefahaman dan daya tarikan dalam pembelajaran, sekaligus menyumbang kepada pembangunan sektor komoditi sawit.

 

Oleh:
Masura Rahmat
masura@ukm.edu.my
Pengarang Bersama:
Shahrina Shahrani
Tengku Siti Meriam Tengku Wook
Azura Ishak
Rohizah Abd Rahman
Noor Faridatul Ainun Zainal

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *