Fri. Dec 27th, 2024

Dalam usaha ke arah meningkatkan kecemerlangan akademik dan penyelidikan , FTSM, dengan kerjasama tiga pusat penyelidikan  -Pusat Teknologi dan Pembangunan Perisian (SOFTAM), Pusat Teknologi Kecerdasan Buatan (CAIT) dan Pusat Keselamatan Siber (CYBER)  telah menganjurkan bengkel “Writing Empowerment Workshop” pada bulan Jun 2024 lalu, di Anjung Digital. Bengkel penulisan ini diadakan untuk memperkasakan penulisan ahli fakulti dan pelajar pascasiswazah FTSM dalam menghasilkan jurnal berimpak tinggi untuk tujuan penerbitan berkualiti. Bengkel yang diadakan ini adalah percuma selama sehari yang dilaksanakan secara hybrid (bersemuka dan atas talian). Bagi memenuhi ketersediaan perkhidmatan kepakaran bidang yang menyeluruh kepada pelajar siswazah di Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, bengkel ini diadakan dalam bentuk interaktif, dimana penceramah menyampaikan tajuk niche dalam penulisan akademik dan para peserta bengkel diberi peluang untuk mengutarakan isu dan pandangan terkini dalam penulisan dan penerbitan. Justeru, maklum balas daripada penceramah dan perkongsian pengalaman peserta turut memberikan impak yang signifikan bagi memperkasakan penulisan akademik di dalam sesi bengkel ini. Objektif bengkel tercapai kerana maklumbalas para peserta adalah sangat positif yang menyatakan bengkel ini dapat meningkatkan kemahiran penulisan jurnal berimpak dikalangan pelajar khususnya.

 

Oleh:
Fazlina Mohd Ali
fazlina.mohdali@ukm.edu.my
Pengarang Bersama:
Mohd Nor Akmal Khalid
Nazhatul Hafizah Kamarudin
Abdul Hadi Abd Rahman
Syahanim Mohd Salleh
Khairul Akram Zainol Ariffin
Masri Ayob

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *