Bengkel Penghasilan Video Profesional, anjuran Kelab Video Inovasi (VIC), adalah bengkel bersiri yang terbahagi kepada tiga bahagian: 1) Pra-Produksi, 2) Produksi (24 Disember 2023), dan 3) Pasca-Produksi (29 Disember 2023),. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberikan pengalaman pembelajaran yang komprehensif kepada pelajar yang berminat dalam meningkatkan kemahiran penghasilan video semasa produksi ke tahap professional, dan memupuk pelajar meneroka idea dan kaedah baru dalam penghasilan video, serta meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif mereka. Bengkel ini menyasarkan pelajar sekolah / kolej dan Universiti.
Siri 1 – Pra-Produksi
Dalam siri pertama, tenaga pengajar jemputan Encik Mohd Haikal Bin Mohd Fadzil, Pengasas dan Pengarah Eksekutif Heichef Creative Solutions Sdn. Bhd. telah membantu dalam memberi pengajaran kepada para peserta berkenaan topik asas dan keperluan dalam penghasilan video semasa di peringkat awal. Bengkel ini dilaksanakan pada 23 Disember 2023.
Siri 2 – Produksi
Dalam siri kedua, Sesi perkongsian pengalaman dalam produksi video diberi oleh Mantan Presiden VIC Encik Rasyidan Jamaluddin, dimana beliau berkongsi cara penghasilan video secara profesional kepada para peserta. Bengkel ini dilaksanakan pada 24 Disember 2023.
Siri 3 – Pasca-Produksi
Dalam siri ketiga dan yang terakhir, Encik Mohd Haikal Bin Mohd Fadzil dijemput sekali lagi bagi berkongsi pengalaman beliau proses penghasilan video semasa peringkat pasca-produksi. Contoh, beliau menjelaskan kepentingan proses menyunting video kepada para peserta. Bengkel ini dilaksanakan pada 29 Disember 2023.
Melalui bengkel ini, pihak Kelab Video Inovasi berharap ia dapat melahirkan warga FTSM UKM yang mampu berdaya saing dan mempunyai pelbagai kemahiran, terutamanya dalam aspek penghasilan video termasuk konsep penggambaran, penulisan skrip dan penyuntingan.