Fri. Dec 27th, 2024

Karnival Inovasi Digital 2024 (KID2024) adalah acara tahunan yang menampilkan hasil projek tahun akhir pelajar dari Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat. Acara ini berfungsi sebagai platform untuk pelajar mempamerkan pencapaian dan penemuan mereka dalam bidang teknologi dan inovasi digital. KID2024 memberi peluang kepada pelajar untuk berkongsi idea dan pengetahuan yang mereka peroleh sepanjang menjalankan projek tahun akhir dengan pensyarah dan rakan-rakan sepengajian. Objektif utama KID2024 adalah untuk: i) mengasah kemahiran komunikasi dan penerangan secara efektif mengenai projek yang telah dijalankan, ii) mendapatkan maklum balas berharga daripada pemeriksa yang boleh membantu pelajar meningkatkan atau mengembangkan projek mereka dengan lebih lanjut, dan iii) meningkatkan kesedaran serta apresiasi terhadap inovasi digital.

Acara KID2024 berlangsung pada 18 Julai 2024, dan sesi pembentangan diadakan di ruang yang telah disediakan di fakulti. Sebanyak 313 pelajar, termasuk 48 pelajar antarabangsa dan 265 pelajar tempatan, mengambil bahagian dalam pembentangan projek. Setiap pelajar diberikan masa 20 minit untuk menerangkan projek mereka serta menjawab soalan daripada pemeriksa dalam sesi soal jawab. Antara projek tahun akhir yang dibangunkan oleh pelajar adalah dalam bentuk sistem, aplikasi dan algoritma. KID2024 menyediakan 15 Anugerah Projek Terbaik, dikenali sebagai Anugerah Inovasi Digital, dan lima Anugerah Keusahawanan yang diberikan berdasarkan penilaian projek tahun akhir. Tahniah kepada semua pelajar atas pencapaian mereka!

 

Oleh:
Hazura Mohamed
hazura.mohamed@ukm.edu.my

Pengarang Bersama:
Ruzzakiah Jenal
Siti Fadzilah Mat Nor
Nor Samsiah Sani
Fadhilah Rosdi
Nazatul Aini Abdul Majid
Hadi Affendy Dahlan
Khairul Azmi Abu Bakar
Wan Fariza binti Paizi@Fauzi
Kauthar Mohd Daud
Nur Fazidah Elias
Suhaila Zainuddin
Zaihoosnita Hood
Tan Siok Yee

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *