Fri. Dec 27th, 2024

Bengkel Pemantapan Unit P&I anjuran Unit Penyelidikan dan Inovasi, Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat telah diadakan pada 12 hingga 14 Julai 2024 di TAMU Hotel & Suites, Kuala Lumpur. Bengkel tersebut dihadiri oleh Dekan, Timbalan Dekan Penyelidikan & Inovasi (TDPI), Jawatankuasa Penyelidikan dan Inovasi, Pengerusi Pusat Kajian, ketua-ketua makmal, serta ketua-ketua Kumpulan Penyelidikan Universiti. Bengkel ini bertujuan untuk membincangkan aktiviti perancangan bagi memantapkan  penerbitan, geran penyelidikan dan harta intelek Fakulti. Seramai 33 kakitangan fakulti telah melibatkan diri dalam perbincangan tersebut. Analisis SWOT telah digunakan dalam perbincangan kumpulan.

Pembentukan kluster dalam kalangan pensyarah berdasarkan bidang penyelidikan, dan kepakaran dapat memperkukuh penyelidikan dan inovasi. Kedudukan UKM dalam ranking dunia meningkatkan daya tarikannya, seharusnya menarik ramai pelajar daripada program Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) lebih cenderung menyertainya. Program pembangunan profesional sebagai platform untuk meningkat kemahiran seharusnya diambil peluang oleh pensyarah bagi meningkatkan kolaborasi penerbitan dengan pihak industri sekaligus memperkaya pengalaman penyelidikan dan meningkatkan impak penerbitan. Beberapa bengkel bimbingan dan inisiatif telah dirancang bagi memantapkan pensyarah dan pelajar seliaan. Selain dari itu perancangan menaiktaraf kemudahan penyelidikan juga telah dirancang bagi menyemarakkan budaya penyelidikan di fakulti.

Unit P&I Enhancement Workshop

The Unit P&I Enhancement Workshop organized by the Research and Innovation Unit, Faculty of Technology and Information Science, was held from July 12 to 14, 2024, at TAMU Hotel & Suites, Kuala Lumpur. The workshop was attended by the Dean, Deputy Dean of Research & Innovation (DDRI), the Research and Innovation Committee, Heads of Research Centers, laboratory heads, as well as University Research Group leaders. The workshop aimed to discuss planning activities to strengthen the faculty’s publications, research grants, and intellectual property. A total of 33 faculty member participated in the discussion. SWOT analysis technique was utilized during the group discussions.

The formation of clusters among lecturers based on research fields and expertise can strengthen research and innovation. UKM’s position in the world rankings enhances its appeal, which should attract many students from the Federal Training Award (HLP) program to participate. Professional development programs as platforms to enhance skills should be leveraged by lecturers to increase publication collaboration with the industry, thereby enriching research experiences and increasing the impact of publications. Several mentoring workshops and initiatives have been planned to strengthen lecturers and their supervisees. Additionally, plans to upgrade research facilities have also been made to foster a culture of research in the faculty.

 

Mohd Syazwan Baharuddin

syazwan@ukm.edu.my

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *