Thu. Dec 26th, 2024

Persoalan ini menghantui fikiran apabila saya memerhati perubahan dan manipulasi dalam dunia akademik. Mari kita imbau kembali mengapa kita berada di sini. Kita ada pelbagai sebab – yang mulia atau sebaliknya. Niat tersebut sudah tentu membentuk laluan yang kita pilih dalam mengharungi usaha menjadi seorang sarjana yang sejati, atau sebaliknya, mengaibkan kerjaya mulia ini. Kata orang lama, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Oleh itu, marilah kita mengelak sedaya-upaya untuk tidak menjadi sebahagian dari nila tersebut.

Perubahan dalam landskap akademik telah mempengaruhi cara kita melihat dan melakukan tugas. Namun, matlamat tidak menghalalkan cara. Sebesar mana pun cabaran KPI kita, ia tidak seharusnya menjejas prinsip dan tingkah laku beretika. Di samping cabaran melaksana tugas hakiki, kita juga dituntut untuk terlibat dalam aspek lain seperti penjanaan pendapatan, mikro credit dan ODL. Akibatnya, ada di antara kita yang terlibat dalam pelbagai rencam bidang namun tidak menguasai bidang khusus tertentu. Jadi, bagaimana kita boleh mengaku sebagai seorang pakar apabila bidang kita merangkumi pelbagai disiplin ilmu?  Kita sanggup mengorbankan bidang pengkhususan kita dengan menerbit (atau membonceng) dan menyelidik dalam pelbagai topik dan di luar bidang, dan seterusnya mendakwa sebagai pakar dalam bidang A, B, C dan lain-lain, yang mengelirukan pelajar dan masyarakat tentang “kepakaran” sebenar kita. Sungguh menyedihkan apabila ada institusi akademik dipolitikkan. Akademia tidak harus dicemari dengan agenda licik politik yang boleh menjejas keberkatannya. Ini kerana ilmu adalah nur (cahaya), dan kita mesti menjaga keberkatannya untuk mendapat sepenuh manfaat daripadanya. Ingatlah bahawa tindakan kita akhirnya mempunyai kesan berantai yang akan kembali semula kepada kita dan diwarisi oleh generasi akan datang.

 

 

Are we true scholars?

This question has haunted me upon observing the evolution and manipulation of the academic world. Let us reminisce about our big Why, shall we? We are here for different reasons, either noble or otherwise. Those intentions have inevitably shaped the path we are taking in the quest of being a scholar – a true one or, by contrast, a disgrace to this honourable profession. As the saying goes, one rotten apple spoils the whole barrel. So, let us strive not to be that apple.

The changes in the academic landscape have affected how we see and do things. However, the end does not justify the means. No matter how challenging our KPIs may be, we should not let them compromise our ethical principles and conduct. All the core areas are already demanding, and now we are expected to be involved in other aspects – income generation, micro-credentials, ODL, among others. Consequently, some of us become Jacks of all trades but masters of none. So, how do we claim to profess in a specific discipline when our cups do not contain coffee or tea but a mix of an unidentified beverage? We do not mind diluting our specialization to publish (or ride) and conducting research in all sorts of topics and out of our core area, subsequently claiming to be an expert in A, B, C, and counting – misleading students and the community about our actual “expertise.”  It is a shame that some academic institutions have become political. Ideally, academia should not be tainted with sneaky political agendas that would compromise its barakah (blessing). After all, knowledge is nur (light), and we must maintain the barakah to benefit from it. Remember that our actions ultimately have ripple effects that return to us and pass on to future generations.

 

Maryati Mohd. Yusof

maryati.yusof@ukm.edu.my

 

By admin

One thought on “Benarkah kita seorang sarjana?”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *