Fri. Dec 27th, 2024

Tahun 2024 telah menjadi tahun yang sangat produktif dan berimpak tinggi bagi Pusat Kajian Teknologi Kecerdasan Buatan (CAIT). Sepanjang tahun ini, pelbagai siri bengkel dan acara telah dianjurkan, yang bukan sahaja meningkatkan kemahiran para peserta, tetapi juga menjana pendapatan yang signifikan kepada pusat ini.

Tahun ini dimulakan dengan Bengkel AI-Assisted Research Writing Siri 1 pada 20 Februari, bertempat di Bilik Mesyuarat 1, Blok B, FTSM. Bengkel ini dihadiri oleh 94 peserta, merangkumi kedua-dua peserta fizikal dan hibrid, serta berjaya menjana pendapatan sebanyak RM3,880. Seterusnya, Bengkel Penulisan Jurnal Berimpak Tinggi Siri 1 diadakan pada 21-22 Februari di Bangi Resort Hotel. Bengkel ini, yang menekankan penghasilan kertas kerja berkualiti tinggi, menarik 32 peserta dan menghasilkan pendapatan RM10,400. Pewasit yang disegani seperti Prof. Dr. Masri dan Prof. Madya Dr. Shahnorbanun turut berkongsi pandangan dan juga tip penulisan.

Pada bulan April, Pertandingan TikTok CAIT (1 April – 2 September) dilancarkan melalui akaun rasmi TikTok CAIT. Enam peserta mempamerkan kreativiti mereka dengan menghasilkan kandungan berkaitan AI dan CAIT.

Bengkel AI-Assisted Research Writing Siri 2 yang diadakan pada 28 Mei, 4 Jun, dan 12 Jun melalui Microsoft Teams, menarik penyertaan seramai 84 peserta dan menghasilkan pendapatan sebanyak RM7,190. Bengkel Penulisan Jurnal Berimpak Tinggi Siri 2 pula diadakan pada 26 Jun di Anjung Digital, dengan pembentangan dari figura hebat fakulti seperti Prof. Madya Dr. Abdul Hadi dan Ts. Dr. Mohd Nor Akmal.

Pada bulan Julai, Bengkel AI-Assisted Research Writing Siri 3 memfokuskan kepada systematic literature review, dengan penglibatan 44 peserta dan menjana RM8,800. Di samping itu, Bengkel Pra-Penulisan Penyelidikan pada bulan Julai dan Ogos memberikan panduan peribadi kepada 23 pelajar CAIT mengenai penggunaan alat AI dalam penulisan dan semakan.

Tahun ini melabuhkan tirai dengan Bengkel Pementoran Penulisan Geran menggunakan AI pada 10 September dan Bengkel Penulisan Jurnal Berimpak Tinggi Siri 3 pada 27-29 September di AVI Pangkor Beach Resort, memberikan sentuhan akhir kepada artikel-artikel yang sedia untuk dihantar ke jurnal Q1/Q2.

 

CAIT’s Activity throughout the Year 2024

The year 2024 has been an impactful and productive one for the Center for Artificial Intelligence and Technology (CAIT). The series of workshops and events held this year have not only enhanced the skills of participants but also generated significant revenue for the center.

The year kicked off with the AI-Assisted Research Writing Workshop Series 1 on 20th February, which was held at Meeting Room 1, Block B, FTSM. This workshop, attended by 94 participants, both physically and online, resulted in a revenue of RM3,880. Following this, the High Impact Journal Writing Workshop Series 1 took place from 21st to 22nd February at Bangi Resort Hotel. This workshop, focusing on producing high-quality research papers, saw 32 participants and generated RM10,400. Esteemed reviewers like Prof. Dr. Masri and Assoc. Prof. Dr. Shahnorbanun shared valuable insights.

April saw the launch of the CAIT TikTok Contest (1st April – 16th August) through CAIT’s official TikTok account. Six participants showcased their creativity by producing AI-related content.

The AI-Assisted Research Writing Workshop Series 2 held on 28th May, 4th June, and 12th June through Microsoft Teams, attracted 84 participants and earned RM7,190. The High Impact Journal Writing Workshop Series 2 followed on 26th June at Anjung Digital, featuring talks from prominent figures like Assoc. Prof. Dr. Abdul Hadi and Ts. Dr. Mohd Nor Akmal.

In July, the AI-Assisted Research Writing Workshop Series 3 focused on Systematic Literature Reviews, hosting 44 participants and generating RM8,800. Additionally, the Pre-Writing Research Workshop in July and August provided 23 CAIT students with personalized guidance on using AI tools for writing.

The year wrapped up with the Grant Writing Mentoring Workshop using AI on 10th September and the High Impact Journal Writing Workshop Series 3 from 27th to 29th September at AVI Pangkor Beach Resort, providing the final touch for articles ready for submission to Q1/Q2 journals.

 

Siti Nabihah Md Said

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *