Fri. Dec 27th, 2024

Jelajah Jom Masuk UKM 2024 bersama Suria FM bagi Zon Utara telah diadakan di Esplanade, Padang Kota Lama Pulau Pinang pada 10-11 Ogos 2024. Jelajah ini agak unik kerana Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) merupakan universiti pertama di Malaysia  yang menggunakan trak LED bagi tujuan promosi jelajah masuk universiti. Jelajah ini merupakan anjuran Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan dan Profesional (UKMShape) bersama penyampai Suria dan Suria Wheels oleh Suria FM. Jelajah ini merupakan suatu acara yang menarik terutamanya kepada orang ramai yang berminat untuk menyambung pelajaran bagi program Asasi, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana atau Doktor Falsafah.

Terdapat pelbagai tawaran yang menanti para pengunjung seperti pengecualian yuran permohonan, surat tawaran bagi yang layak dan bertemu secara terus dengan pakar perunding bagi program-program di UKM serta berpeluang memenangi hadiah misteri kepada pengunjung yang hadir. Jelajah ini juga diserikan lagi dengan persembahan muzik jalanan (busking) kepada para pengunjung.

Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (FTSM) juga tidak melepaskan peluang ini untuk mempromosikan pelbagai program yang ditawarkan di FTSM termasuklah program Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, Doktor Falsafah, Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL), Sijil Professional dan sebagainya lagi. Bagi Jelajah Jom Masuk UKM 2024 bagi Zon Utara di Pulau Pinang ini, FTSM diwakili oleh Dr. Zainal Rasyid Mahayuddin dan Dr. Noorayisahbe Mohd Yaacob. Jelajah ini berjaya menarik ramai pengunjung untuk hadir terutamanya para pelajar sekolah menengah, pelajar lepasan diploma, ibubapa dan individu yang berhasrat untuk melanjutkan pelajaran diperingkat pasca siswazah. Pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh penulis ialah ada ibubapa yang hadir dari Jitra, Kedah dan Perlis semata-mata ke Esplanade Padang Kota Lama untuk mendapatkan maklumat mengenai program yang ditawarkan di UKM. Kesimpulannya, Jelajah Jom Masuk UKM 2024 ini merupakan suatu jelajah pendidikan yang menarik bagi menyampaikan info kepada orang ramai mengenai peluang dan program yang ditawarkan oleh UKM terutamanya di Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (FTSM).

 


 

The “Jelajah Jom Masuk UKM 2024” roadshow, in collaboration with Suria FM, made its way to the Northern Zone at Esplanade, Padang Kota Lama, Penang, on August 10-11, 2024. This event was notably unique as Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) became the first Malaysian university to roll out LED trucks for promotional activities. Organized by the Centre for Shaping Advanced and Professional Education (UKMShape) alongside Suria FM’s presenters and their Suria Wheels, this roadshow was a magnet for anyone keen on pursuing Foundation, Bachelor’s, Master’s, or PhD programs.

Visitors were in for a treat with enticing offers, including waived application fees, instant offer letters for eligible candidates, and the chance to directly consult with UKM program experts. Additionally, attendees stood a chance to win mystery prizes, while street music performances (busking) added to the lively atmosphere.

The Faculty of Information Science and Technology (FTSM) seized this chance to showcase its wide range of offerings, from Bachelor’s to PhD programs, Accreditation of Prior Experiential Learning (APEL), Professional Certificates, and more. Representing FTSM in Penang were Dr. Zainal Rasyid Mahayuddin and Dr. Noorayisahbe Mohd Yaacob. The event drew a significant crowd, particularly high school students, diploma graduates, parents, and those eyeing postgraduate studies. A standout moment for the writer was witnessing parents who traveled all the way from Jitra, Kedah, and Perlis just to gather information on UKM’s programs at Padang Kota Lama. In short, the “Jelajah Jom Masuk UKM 2024” roadshow was an engaging educational initiative that effectively spread the word about the diverse opportunities and programs at UKM, particularly within the Faculty of Information Science and Technology (FTSM).

 

Zainal Rasyid Mahayuddin

zainalr@ukm.edu.my

Noorayisahbe Mohd Yaacob

noorayisah@ukm.edu.my

 

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *