Sat. Dec 28th, 2024

Seiring dengan perkembangan pesat teknologi digital, pemasaran dalam bentuk visual kini menjadi elemen penting bagi menarik perhatian pelanggan dan meningkatkan kesedaran jenama. Justeru, satu bengkel “Pemasaran Digital di Aplikasi TikTok – Penghasilan Kandungan Kreatif Grafik” dirangka khusus untuk membantu usahawan wanita Perusahaan Kecil dan Sederhana (PMKS) terutama ibu tunggal dan orang kurang upaya (OKU) untuk menguasai teknik pemasaran digital melalui penghasilan kandungan kreatif yang inovatif dan berkesan. Bengkel ini telah diadakan di Bangi Resort Hotel pada 21 Oktober 2023, dan dihadiri oleh 22 orang peserta dari negeri Selangor dan telah dirasmikan oleh dekan Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, Prof. Madya Dr Nurhizam Shafie Mohd Satar. Kolaborasi industri dan kepakaran UKM turut terlibat bagi menjayakan bengkel ini iaitu Prof Madya Dr wan Mohd Hirwani bin Wan Hussain dari Inovasi@UKM, En. Azfar Hamdii Mohd Saidi dari MTAS Production dan En. Tabah Sazwan Othman dari Brainstorm Media Network. Program yang membawa tagline EmpowerHer ini telah mencapai objektif yang digariskan iaitu: 1) Mendidik peserta tentang pelbagai jenis strategi pemasaran melalui video. 2) Memberikan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang fotografi dan videografi kepada peserta. 3) Membantu peserta dalam mencipta kandungan video untuk pemasaran. 4) Melatih cara menerbitkan kandungan video pemasaran ke rangkaian sosial mereka. Secara keseluruhannya, bengkel ini bukan sahaja bermanfaat kepada usahawan wanita PMKS yang terlibat tetapi juga membuka peluang kepada ahli VIC untuk meningkatkan kemahiran mereka dan berkolaborasi dengan rakan industri bagi menjayakan program keusahawanan yang lebih mantap.

 

 

Oleh:
Masura Rahmat
masura@ukm.edu.my
Pengarang Bersama:
Nurhidayah Bahar
Syahanim Mohd Salleh
Tengku Siti Meriam Tengku Wook
Hadi Affendy Dahlan

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *