Sat. Dec 28th, 2024

Pada 9 September 2024, SOFTAM telah menyantuni Rombongan wakil Fakultas Sains dan Teknologi UIN Maulana Malik Ibrahim Malang (UIN Malang), Indonesia telah membuat kunjungan ke SOFTAM pada 9 September 2024. Tujuan kunjungan tersebut adalah untuk melanjutkan perbincangan antara fakulti bagi memperhalusi peluang kolaborasi penyelidikan antara institusi merangkumi tiga perspektif utama iaitu dari segi akademik, penyelidikan dan khidmat. Antara peluang kolaborasi dari perspektif akademik termasuk program mobiliti penyelidik seperti tawaran program sarjana dan PhD, jemputan pensyarah lawatan untuk perkongsian ilmu, potensi pembentukan program ijazah bersama dan program mobiliti pelajar. Manakala, perbincangan yang memfokus kepada peluang kolaborasi penyelidikan adalah melalui pembentukan pasukan penyelidik melalui pelbagai kepakaran ahli SOFTAM, UKM dan Program Teknik Informatika UIN Malang. Antara kolaborasi termasuk permohonan geran penyelidikan bersama, penyeliaan projek bersama dan penerbitan hasil projek bersama. Selain itu, terdapat juga potensi kolaborasi dari segi khidmat melalui program kerjasama khidmat masyarakat antara dua negara melalui sumbangan kepakaran.

Usai selesai sesi perbincangan, rombongan tetamu juga dibawa untuk melawat aras SOFTAM di aras 3 Blok H, FTSM. Semasa lawatan ke ruang-ruang makmal SOFTAM, tetamu telah dapat beramah mesra dengan pelajar penyelidikan SOFTAM.

 

Oleh:
Dian Indrayani Jambari
dian@ukm.edu.my

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *