Pada 1 dan 2 Jun 2024, Sabtu dan Ahad, Pameran Program Fakulti Teknologi Sains dan Maklumat (FTSM) telah berlangsung di Dewan Sultan Ibrahim, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Batu Pahat, sempena Program Jom Masuk U 2024 (JMU2024) di Zon Selatan. Program ini dilaksanakan bagi mempamerkan lebih 70 Universiti Awam, Swasta dan Agensi berkaitan, serta menyebar luas maklumat terkini mengenai peluang pendidikan tinggi yang ditawarkan kepada masyarakat setempat khususnya para pelajar sekolah lepasan SPM, para pelajar lepasan STPM/Matrikulasi/Diploma, guru-guru sekolah dan ibu bapa. Sehubungan dengan itu, pihak Pusat Pengurusan Akademik (AKADEMIK UKM) telah menjemput pihak FTSM untuk menghantar wakil sebagai pempamer bagi program JMU2024, dimana saya Dr Hadi Affendy selaku ketua program dan Dr Noorayisahbe penyelaras promosi dilantik bagi menjalankan tugas tersebut. Pameran berkenaan program-program tawaran FTSM dan peluang yang Universiti Kebangsaan Malaysia pada bakal pelajar telah diterangkan kepada pengunjung dengan baik. Semua yang berminat terhadap program di UKM disambut pempamer UKM dengan ramah-mesra. Malah, semua persoalan yang ditanya pengunjung juga telah dijawab jelas. Pengunjung yang hadir kebanyakan terdiri dari pelajar lepasan SPM, mereka diberi penerangan berkenaan peluang mereka untuk memasuki UKM melalui laluan Asasi-Pintar. Tambahan, maklumat berkenaan program FTSM juga diberikan kepada mereka yang menunjukkan minat terhadap bidang Sains Komputer. Selain dari pameran, terdapat beberapa aktiviti dan pertandingan menarik juga telah diadakan untuk pengunjung. Aktiviti-aktiviti seperti “YES! Rock the School” bersama TALENTCORP, Bual Bicara JMU, Sembang Santai JMU Bersama Sir Badang & Sir Fathi, Pameran STEM, TVET & Digital UTHM, Pameran Badan Beruniform, Persembahan Kesenian dan Kebudayaan, Lawatan Kampus UTHM, Pertandingan Robotik, Pertandingan Dron dan Aktiviti Cabutan Bertuah. Sebagai penutup, boleh dikatakan keseluruhan pameran Program Jom Masuk U ini telah berjalan dengan jayanya.
Oleh:
Hadi Affendy Dahlan
had86@ukm.edu.my
Pengarang Bersama:
Noorayisahbe Mohd Yaacob