Fri. Dec 27th, 2024

Pihak HEJIM di FTSM berbesar hati menerima kunjungan wakil industri, RHB Bank Berhad. Inisiatif ini menggabungkan kekuatan FTSM dalam teknologi dan sains maklumat dengan kepakaran industri RHB Bank dalam penyelidikan, pembelajaran, dan tanggungjawab sosial. Dalam penyelidikan, kerjasama ini membolehkan kedua-dua pihak menjalankan projek bersama yang menyelesaikan cabaran industri dan teknologi. Kolaborasi ini memberi peluang penerokaan teknologi terkini serta aplikasi praktikal yang menyumbang kepada kemajuan industri kewangan. Dari aspek pembelajaran, kerjasama ini memberi peluang kepada pelajar prasiswazah untuk merasai situasi dunia sebenar melalui latihan industri bersama RHB Bank. Slot kuliah jemputan oleh RHB Bank pula memberi pelajar pengalaman praktikal dan pendedahan kepada perkembangan industri terkini. Dari sudut tanggungjawab sosial, kerjasama ini menganjurkan usaha bersama yang memberi impak positif melalui pengalaman industri. Inisiatif seperti program persediaan temuduga dan latihan kemahiran pangkalan data dan pengurusan memberi manfaat besar kepada pelajar. Program tersebut menawarkan latihan intensif dalam kemahiran temuduga, komunikasi profesional, teknik menjawab soalan, dan penulisan CV yang berkesan. Keseluruhannya, kerjasama antara FTSM dan RHB Bank menyediakan platform kukuh untuk integrasi dalam penyelidikan, pembelajaran, dan khidmat masyarakat. Usaha ini membuktikan komitmen kedua-dua pihak dalam mencapai kecemerlangan bersama serta memajukan bidang teknologi dan kewangan.

 

Oleh:
Hairulliza Mohamad Judi
hmj@ukm.edu.my
Pengarang Bersama:
Mohd Ridzwan Yaakub
Zainal Rasyid Mahayuddin
Nur Hanis Sabrina Suhaimi

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *