Program Cybernight adalah merupakan Majlis Makan Malam Tahunan Mahasiswa/i FTSM yang dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti Teknologi & Sains Maklumat (PERTAMA). Pada sesi 2023/2024, Cybernight diadakan pada 7 Jun 2024 diCapredoca, White Palace Bangi dengan tema Sulaman Tradisi. Tema ini seiring dengan naratif baharu UKM sebagai Universiti Watan. Cybernight: Sulaman Tradisi mendapat sambutan yang baik, dengan penyertaan seramai 250 orang termasuk pengurusan FTSM, para pensyarah, barisan penaja dan para pelajar. Bilangan pelajar yang menyertai adalah seramai 220 orang. Program ini dijalankan untuk meraikan pelajar Tahun Akhir yang akan bergraduasi disamping menyediakan platfom untuk para pelajar berinteraksi dan mengeratkan ukhuwwah.
Pada sesi ini beberapa anugerah telah diperkenalkan dan disampaikan kepada pelajar untuk menghargai kecemerlangan mereka dalam pelbagai domain termasuk akademik dengan Anugerah Dekan; non-akademik dengan Anugerah Tokoh Kesukarelawanan Pelajar, Anugerah Tokoh Pro-Aktif, Anugerah Exco dan Program PERTAMA terbaik. Pemenang bagi Anugerah Tokoh Proaktif adalah Firdanish Rafique bin Mohd Hamid, Anugerah Tokoh Kesukarelawanan: Muhammad Nur Amjadh bin Asabdeen, dan Anugerah Exco favourite dimenangi oleh Adam Harris bin Roslan. Program PERTAMA terbaik adalah Bual Bicara: Memperkasa Diri Melalui Komunikasi Efektif yang diketuai oleh Exco Protokol dan Majlis PERTAMA: Ainin Sofea Binti Ahmad Zainudin sebagai ketua pengarah program.
Urusetia Cybernight sesi 2023/2024 telah menunjukkan komitmen yang cemerlang bagi memastikan program mencapai objektif yang diharapkan. Mereka turut dibantu oleh Ahli Jawatankuasa Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) FTSM bagi menjayakan program ini. Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat. Acara tahunan FTSM ini diharapkan terus mendapat sokongan daripada Pengurusan FTSM, HEP UKM dan KMUKM pada masa hadapan dari segi peruntukan dan kemudahan menjalankan program dengan lancar dan jayanya.