Thu. Dec 26th, 2024

Pada Selasa, 23 Julai 2024, satu pertemuan telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Dekan, FTSM, UKM, melibatkan kerjasama antara FTSM UKM dan Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Klana Putra (SMKDKP). Mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan pelbagai inisiatif strategik dalam bidang pendidikan dan komuniti. PM Dr. Ridzwan Mohd Yaakub, Timbalan Dekan Hal Ehwal Jaringan Industri & Masyarakat (HEJIM) FTSM, memulakan mesyuarat dengan pengenalan fakulti dan pencapaian kebolehpasaran graduan, serta peranan industri dalam memperkukuh kebolehpasaran graduan. Selain itu, beliau juga menyentuh tentang peluang latihan dan program pendidikan yang disediakan oleh FTSM. Pihak sekolah, yang diketuai oleh Tn Hj Mohamad Zaini bin Khalid, Pengetua SMKDKP, berkongsi matlamat mereka untuk memperkukuh penglibatan komuniti melalui pelbagai program akademik dan ko-kurikulum. Beliau juga diiringi oleh Pn. Azlinah Binti Ahmad, seorang guru kanan di SMKDKP, yang turut menyuarakan komitmen sekolah untuk melibatkan pelajar dalam aktiviti berimpak tinggi. Sebagai sebahagian daripada usaha ini, mereka mencadangkan Program Motivasi Sekolah, yang dijadualkan pada 5 Ogos 2024, bertujuan memberi semangat kepada pelajar yang bakal menduduki SPM. Di samping itu, mesyuarat turut membincangkan peluang latihan praktikal bagi pelajar FTSM di SMKDKP, serta program mentor-mentee dan geran komuniti yang dapat memberi manfaat kepada pelajar dan masyarakat setempat. Mesyuarat ini dihadiri oleh Ts. Dr. Noorayisah Binti Mohd Yaacob, Penyelaras Promosi HEJIM, yang turut menyertai sesi tersebut sebagai wakil daripada HEJIM. Beliau turut memberi saranan dan maklumat mengenai aktiviti yang boleh dijalankan di sekolah bagi memperkasa penglibatan komuniti dan sokongan kepada pelajar. Dengan hasil perbincangan yang konstruktif, mesyuarat ini membuka jalan kepada kerjasama lebih erat antara SMKDKP dan FTSM UKM, memberikan manfaat besar kepada pelajar dan masyarakat setempat.

 

Oleh:
Noorayisahbe Mohd Yaacob
noorayisah@ukm.edu.my
Pengarang Bersama:
Mohd Ridzwan Yaakub
Lam Meng Chun

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *