Page 133 - The-5th-MCAIT2021-eProceeding
P. 133

Analisa Corak Kunjungan Pesakit Luar Di Klinik Kerajaan

                                    Terpilih Negeri Selangor

                       Analysis of Outpatient Visit Pattern for Selected
                          Government Health Clinics in Selangor

                                         a*
                       Suhaila Zainudin , Dzulhusni bin Anjang Ab. Rahman        b

                   a Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600, UKM Bangi, Selangor
          b Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 3 & 4 Blok E11, ompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan
                                           Persekutuan, 62604 Putrajaya
                                        *Email : suhaila.zainudin@ukm.edu.my
        ________________________________________________________________________________________

        Abstrak

        Anggaran waktu menunggu sukar diramal kerana tempoh menunggu berkenaan bergantung kepada jenis rawatan kepada
        pesakit,  prosedur  yang  perlu  dilalui  dan  pendekatan  yang  digunakan  oleh  doktor  bertugas  dalam  mendiagnosis  serta
        seterusnya merawat pesakitt. Secara umum, klinik awam sentiasa penuh dan sesak pada waktu puncak. Namun berdasarkan
        set data TPC, terdapat corak berbeza waktu puncak antara klinik-klinik kerajaan yang berbeza dalam daerah yang sama.
        Corak-corak  tersembunyai  ini  perlu  dikenalpasti  terlebih  dahulu  bagi  membolehkan  peramalan  waktu  menunggu  dan
        mencadangkan kepada pesakit klinik mana yang terbaik untuk dikunjungi pada waktu tertentu bagi mengelakkan tempoh
        menunggu yang lama.

        Katakunci: waktu menunggu; analisisi deskriptif; penerokaan pengetahuan

        Abstract

        The estimated waiting time is difficult to predict as the waiting period depends on the type of treatment to the patient, the
        procedures to be performed and the approach used by the doctor to diagnose and subsequently treat the patient. In general,
        public clinics are always full and crowded at peak times. However, based on the TPC data set, there are different peak hours
        patterns between different government clinics in the same district. These hidden patterns need to be identified in advance to
        enable the forecasting of waiting times and suggest to patients which clinics are best to visit at certain times to avoid long
        waiting periods.

        Keywords: waiting time; descriptive analysis; knowledge discovery.
        ______________________________________________________________________________________________________________



        1.  Pengenalan

           Tempoh menunggu yang panjang adalah isu yang lazim untuk pengguna perkhidmatan kesihatan di klinik
        kesihatan awam (Ahmad et al. 2017). Penyelidikan bagi mendapatkan pendekatan menyeluruh yang efektif dan
        efisien bagi menyelesaikan isu ini giat dilaksanakan (Morley et al. 2018). Masa rawatan berbeza mengikut
        negara dan ditentukan oleh ciri-ciri pesakit dan doktor (Ahmad et al. 2017).
           Sebagai salah  satu usaha  mempertingkatkan tahap perkhidmatan  kesihatan di  klinik  kesihatan atau KK,
        Kementerian Kesihatan Malaysia telah melaksanakan pelbagai inisitif berbentuk ICT dan bukan ICT. Sistem
        Teleprimary  Care  (TPC)  merupakan  salah  satu  inisaitif  berbentuk  ICT  dengan  tujuan  melancarkan  proses
        menunggu  di  klinik  kesihatan  awam.  Sistem  TPC  ini  merupakan  sistem  rekod  perubatan  elektronik  yang






        E- Proceedings of The 5th International Multi-Conference on Artificial Intelligence Technology (MCAIT 2021)   [120]
        Artificial Intelligence in the 4th Industrial Revolution
   128   129   130   131   132   133   134   135   136   137   138