Page 135 - The-5th-MCAIT2021-eProceeding
P. 135
2.1 Corak Ketibaan Pesakit Bagi Daerah Klang
Rajah 2 menunjukkan jumlah pesakit berdasarkan waktu ketibaan ke klinik-klinik kesihatan di daerah
Klang. Secara umumnya corak ketibaan pesakit di ketiga-tiga klinik kesihatan berkenaan menunjukkan corak
yang sama dari sudut masa puncak dan bilangan pesakit.
Rajah 2. Corak waktu ketibaan pesakit bagi klinik-klinik kesihatan di daerah Klang
Pesakit mula tiba di KK Anika seawal jam 7.30 pagi. Ini dapat dilihat dari arah aliran menaik dan kecuraman
graf. Terdapat enam waktu puncak iaitu pada sekitar jam 8.00 pagi, 8.45 pagi, 9.50 pagi, 2.00 petang, 5.00
petang dan 10.00 malam. Puncak tertinggi ketibaan pesakit bagi klinik kesihatan ini ialah pada jam 8.45 pagi.
Bagi Klinik Kesihatan Pandamaran pula pesakit juga mula tiba sekitar jam 7.30 pagi dengan arah aliran menaik
tetapi tidak mendadak seperti KK Anika. Corak ketibaan pesakit bagi KK Bukit Kuda agak berbeza berbanding
dengan kedua-dua klinik yang dihuraikan sebelum ini di mana klinik ini menerima pesakit yang paling ramai
bagi antara pulul 2 hingga 4 petang.
Pesakit mula tiba selepas jam 7.30 pagi dan arah aliran mula menaik bermula jam 8.00 pagi dengan puncak
tertinggi kehadiran pada jam 8.15 pagi. Titik puncak seterusnya pula adalah pada jam 8.40 pagi, 9.45 pagi, 2.00
petang dan. 2.50 petang. KK Bukit Kuda tidak dibuka pada waktu malam dimana ketibaan pesakit terakhir
adalah sebelum jam 5.30 petang.
Walau bagaimanapun, jumlah pesakit yang mengunjungi KK Pandamaran adalah kurang berbanding dengan
Klinik Kesihatan Anika dan KK Bukit Kuda. Waktu puncak bagi klinik ini ialah pada jam 9.00 pagi,
2.00 petang, 3.00 petang, 5.00 petang dan 10.00 malam. Rajah 3 menunjukkan bilangan pegawai perubatan
bertugas dan jumlah konsultansi mengikut jam bagi tahun 2018. Jumlah konsultansi kepada pesakit luar
mencapai nilai maksimum diantara jam 9.00 pagi sehingga jam 10.00 pagi dan mula menunjukkan corak
menurun selepas itu. Pada sebelah petang pula, bilangan konsultasi maksimum oleh pegawai perubatan bertugas
pada jam 3.00 petang dan pada sebelah malam pula pada jam 10.00 malam. Ini menunjukkan terdapat perbezaan
jumlah pegawai perubatan yang bertugas mengikut jam. Perkara ini berkemungkinan disebabkan oleh
perbezaan waktu bekerja yang bermula seawal jam 7.30 pagi sehingga jam 8.30 pagi. Pengurangan jumlah
konsultansi oleh pegawai perubatan bertugas selepas jam 10.00 pagi tidak dapat dijelaskan.
E- Proceedings of The 5th International Multi-Conference on Artificial Intelligence Technology (MCAIT 2021) [122]
Artificial Intelligence in the 4th Industrial Revolution