Page 192 - The-5th-MCAIT2021-eProceeding
P. 192

Pendiskritan Model Lotka-Volterra menggunakan

                   Kaedah Berangka Tidak Piawai dengan Trimean

            Discretization of Lotka-Volterra Model using Nonstandard

                          Finite Difference Scheme with Trimean


                 Noor Ashikin Othman *, Mohammad Khatim Hasan , Bahari Idrus
                                         a
                                                                                       c
                                                                        b
         a,b,c Pusat Penyelidikan Teknologi Kecerdasan Buatan (CAIT), Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat , Universiti Kebangsaan Malaysia,
                                        43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia
                                         *Email: p97180@siswa.ukm.edu.my

        Abstrak

        Tujuan kajian ini untuk meramalkan nilai dua pemboleh ubah dalam ekonomi Malaysia iaitu keluaran dalam negara kasar
        (KDNK) dan harga minyak mentah (HMM). Pendiskritan model Lotka-Volterra berdasarkan kaedah berangka tak piawai
        dengan trimean (KBTPDT) dibangun untuk meramalkan nilai KDNK dan HMM. Perbandingan keputusan simulasi yang
        diperolehi  dengan  kaedah  yang  sedia  ada  iaitu  kaedah  berangka  biasa  (KBB)  menunjukkan  bahawa  KBTPDT  boleh
        meramalkan nilai dua pemboleh ubah dalam ekonomi Malaysia dengan ketepatan tinggi berdasarkan peratusan min ralat
        mutlak (MAPE).

        Kata kunci: kaedah berangka tidak piawai; trimean; model Lotka-Volterra; keluaran dalam negara kasar; harga minyak mentah

        Abstract

        The aim of this study is to predict the values of two variables in the Malaysia economy which are gross domestic product
        (GDP) and crude oil price (COP). A non-standard approximation scheme with trimean approach is used to estimate the
        value of the GDP and COP based on Lotka-Volterra model. Comparisons of the obtained results with the standard method,
        demonstrate that non-standard approximation scheme with trimean method is able to predict the values of these variables
        effectively under the criterion of the minimization of mean absolute percentage error (MAPE).

        Keywords: non-standard approximation scheme; trimean; Lotka-Volterra model; gross domestic product; crude oil price


        1.  Pendekatan Utama

           Konsep KBTPDT telah diperkenalkan oleh (Hasan et al., 2018; Othman et al., 2019; Othman & Hasan, 2017)
        bagi  mensimulasi  model  interaksi  Lotka-Volterra,  model  Rosenzweig-Mac  Arthur  dan  model  Beddington-
        DeAngelis. KBTPDT telah dibangun  untuk mengatasi masalah ketidakstabilan berangka yang wujud dalam
        kaedah berangka biasa (KBB). Antara KBB yang popular ialah kaedah Adam-Moultan dan kaedah Runge-
        Kutta(Hasan et al., 2015).  Antara kelebihan utama KBTPDT ialah ia dapat meningkatkan ketepatan simulasi
        terhadap tingkah laku interaksi antara spesies dan dapat meramal titik keseimbangan dengan cepat dan tepat.
           Keluaran dalam negara kasar (KDNK) dan harga minyak mentah (HMM) merupakan antara penentu ukur
        bagi perkembangan ekonomi (Mohd Saudi et al., 2019; Shrestha & Bhatta, 2018). Dalam kajian ini, konsep
        KBTPDT  dibangun  dalam  model  interaksi  Lotka-Volterra  untuk  meramal  nilai  dua  pemboleh  ubah  dalam
        ekonomi Malaysia iaitu KDNK dan HMM, kemudian dibandingkan dengan kaedah yang sedia ada iaitu KBB.
        KBB yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah Adam-Moultan. Perbandingan keputusan simulasi KBTPDT







        E- Proceedings of The 5th International Multi-Conference on Artificial Intelligence Technology (MCAIT 2021)   [179]
        Artificial Intelligence in the 4th Industrial Revolution
   187   188   189   190   191   192   193   194   195   196   197