Page 81 - The-5th-MCAIT2021-eProceeding
P. 81

Aplikasi Mudah Alih Augmentasi Realiti Pembelajaran Kimia
                                        Berasaskan Soalan


          Mobile Augmented Reality Application based on Questions for

                                       Learning Chemistry
                    Nur Atiqah Najibah Shamsudin  dan Nazatul Aini Abd Majid
                                                                                    b*
                                                     a
                   Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM Bangi 43600, Selangor.
                                          *Email: nazatulaini@ukm.edu.my


        Abstrak

        Augmentasi  Realiti  (AR)  merupakan  teknologi  yang  semakin  menonjol  dalam  era  revolusi  industri  keempat  kerana
        keupayaannya untuk menggabungkan dunia realiti dengan dunia maya.  Namun, dalam bidang pendidikan, gabungan di
        antara dua dunia ini perlulah dalam bentuk yang dapat meningkatkan lagi minat dan penglibatan pelajar dalam pembelajaran
        terutama dalam aspek kognitif. Untuk pembelajaran subjek kimia diperingkat sekolah menengah, minat pelajar didapati
        kurang kerana kesukaran untuk mengvisualkan gambaran objek atom bagi setiap elemen berserta  cirinya ketika mempelajari
        konsep jadual berkala.  Kajian ini mereka bentuk dan membangun aplikasi mudah alih AR berasaskan soalan untuk pelajar
        mengasah kemahiran kognitif mereka ketika menggunakan aplikasi ini dalam pembelajaran jadual berkala. Skop aplikasi
        ini  merangkumi  paparan  animasi  atom  dalam  bentuk  model  3D untuk  unsur  bagi  kumpulan 17 dalam  jadual  berkala.
        Aplikasi ini dibangunkan menggunakan perisian Unity 3D, Vuforia, Autodesk 3Ds Max, Audacity dan Adobe Photoshop
        berpandukan model pembangunan ADDIE. Aplikasi mudah alih ini telah dinilai oleh pelajar sekolah melalui kajian kes dan
        didapati aplikasi ini berjaya menarik minat dan penglibatan pelajar dalam mempelajari topik kimia. Kajian ini menunjukkan
        aplikasi AR yang mendorong pelajar menjawab soalan berdasarkan gabungan bahan pembelajaran realiti dan bahan digital
        berupaya meningkatkan usaha pelajar dari segi mental untuk mempelajari sesuatu topik.

        Kata kunci: Augmentasi realiti; Jadual berkala; Kimia; STEM


        Abstract
        Augmented Reality (AR) is an increasingly prominent technology in the era of the fourth industrial revolution because of
        its ability to combine the world of reality with the virtual world. However, in the field of education, the combination between
        these two worlds must be in a form that can further increase students' interest and involvement in learning, especially in the
        cognitive aspect. For the study of chemistry subjects at the secondary school level, students' interest was found to be less
        due to the difficulty of visualizing the atomic object representation for each element and its characteristics when studying
        the concept of the periodic table. This study designed and developed a question  -based AR mobile app for students to
        improve their cognitive skills while using this app in periodic table learning. The scope of the application includes the
        display of atomic animations in the form of 3D models for the elements of group 17 in the periodic table. The application
        was developed using Unity 3D, Vuforia, Autodesk 3Ds Max, Audacity and Adobe Photoshop software based on the ADDIE
        development model. This mobile application has been evaluated by school students through case studies and it was found
        that this application has succeeded in attracting the interest and involvement of students in learning chemistry topics. This
        study shows that AR applications that encourage students to answer questions based on a combination of reality learning
        materials and digital materials are able to increase students' mental efforts to learn a topic.

        Keywords: Augmented reality; Periodic Table; Chemistry; STEM









        E- Proceedings of The 5th International Multi-Conference on Artificial Intelligence Technology (MCAIT 2021)   [68]
        Artificial Intelligence in the 4th Industrial Revolution
   76   77   78   79   80   81   82   83   84   85   86