Page 84 - The-5th-MCAIT2021-eProceeding
P. 84
dengan lebih lagi kemampuan pengguna dan kefahaman mereka terhadap topik yang dipelajari. Aplikasi ini
juga diharap dapat menyediakan dua kandungan set soalan yang berbeza mengikut sub topik dan juga set soalan
yang menyenaraikan secara rawak keseluruhan sub topik berkaitan jadual berkala kimia. Selain model 3D, teks
informasi, video yang lengkap yang memaparkan ciri unsur dalam jadual berkala, aplikasi ini juga memaparkan
jumlah markah yang diperolehi selepas menjawab soalan yang diberikan. Oleh itu, pelajar dan guru dapat
memantau prestasi mereka setelah menggunakan aplikasi ini.
4. Kesimpulan
Aplikasi pembelajaran AR berasaskan soalan telah direka bentuk dan dibangun bagi meningkatkan fokus
pelajar pada proses pembelajaran. Ini berikutan pelajar bukan sahaja memerhati model 3D atom yang yang
petalanya bergerak, tetapi perlu mengektrak maklumat yang diperlukan berdasarkan pemerhatian bagi
menjawab soalan yang diberikan dalam aplikasi. Melalui kajian kes yang dilakukan, pelajar memberi respon
positif terhadap aplikasi dari segi minat dan penglibatan. Ini kerana kad imbas yang mewakili setiap unsur
dalam jadual berkala yang sebelum ini bersifat statik, ditambah elemen interaktiviti melalui maklumat digital
dan soalan. Pemantauan turut dapat dilakukan oleh para guru berdasarkan markah yang diperolehi oleh pelajar
setelah selesai sesi pembelajaran menggunakan aplikasi. Ini membolehkan pelajar dan guru mengenal pasti
bahagian mana yang sukar difahami kerana aplikasi ini merangkumi tiga sub topik utama dalam mempelajari
kumpulan 17. Kajian ini membuktikan yang aplikasi AR yang digabungkan bersama soalan berupaya
meningkatkan interaktiviti pelajar terhadap proses pembelajaran.
Penghargaan
Kajian ini disokong oleh geran PDI-2021-025 dan GUP-2020-090.
Rujukan
Abd Majid, N. A. & Abdul Majid, N. 2018. Augmented Reality to Promote Guided Discovery Learning for
STEM Learning. Journal on Advanced Science, Engineering and Information Technology, 8 :4-2.
Billinghurst, M., & Duenser, A. 2012. Augmented Reality in the Classroom. Computer, 45 (7), 56-63.
Cai, S., Wang, X. & Chiang, F. K. 2014. A case study of Augmented Reality simulation system application in
a chemistry course. Computers in Human Behavior, 37, 31–40. doi:10.1016/j.chb.2014.04.018
Kesim, M. & Ozarslan, Y. 2012. Augmented Reality in Education: Current Technologies and the Potential for
Education. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 47(222), 297– 302. doi:10.1016/j.sbspro.2012.06.654
Lee, K. 2012. Augmented Reality in Education and Training. Techtrends Tech Trends, 56(2), 13–21.
doi:10.1007/s11528-012-0559-3.
Shelton, B. E. 2002. Augmented Reality and Education: Current Projects and the Potential for Classroom
Learning. New Horizons for Learning, 9(1): 1–7.
E- Proceedings of The 5th International Multi-Conference on Artificial Intelligence Technology (MCAIT 2021) [71]
Artificial Intelligence in the 4th Industrial Revolution