Page 76 - AKSES vol3
P. 76

AKSES                                               AK TIVITI  PEN Y ELIDIK AN                                               ADV ANCING  KNOWLEDGE  FOR  SUC CESS                       FT SM  UKM


         LAPORAN KAJIAN PELAKSANAAN DATA RAYA DAN ANALITIS                                                                    LAPORAN ICEEI 2021

         DATA  RAYA (BDA)  BENCANA  DI  PUSAT KAWALAN BENCANA
         NEGARA (NDCC), AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA
         (NADMA), JABATAN PERDANA MENTERI (JPM)



         Zulkefli Mansor                                                                                                      Zulkefli Mansor
         kefflee@uk m.edu .m y                                                                                                kefflee@uk m.edu .m y


         Satu geran penyelidikan telah diperolehi oleh pasukan penyelidik Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (FTSM)         Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat melalui Pusat Kajian Teknologi dan Pengurusan Perisian (SOFTAM) telah
         yang diketuai oleh Prof.Madya  Ts Dr Zulkefli Mansor. Geran ini merupakan geran yang dibiayai oleh Jabatan           berjaya menganjurkan satu persidangan peringkat antarabangsa pada 12-13 Oktober 2021. Persidangan ini
         Perdana  Menteri  melalui  Agensi  Pengurusan  Bencana  Negara  (NADMA)  sejumlah  RM250  000  selama  6  bulan      merupakan kali yang ke-8 atas kerjasama daripada pihak UKM khususnya Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat
         bertajuk Kajian Kebolehlaksanaan (Feasibility Study) Pelaksanaan Data Raya (Big Data) Dan Analitis Data Raya (Big    (FTSM) dan Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB) dan Sekolah Teknik Elektro dan Informatika (STEI), Institut
         Data Analytic - BDA) Bencana Di Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC), Bahagian Pelaksanaan Operasi, Agensi            Teknologi Bandung, Indonesia. Persidangan ini dijalankan secara dalam talian sepenuhnya. Pihak IEEE Computer
         Pengurusan Bencana Negara (NADMA). Geran ini turut dianggotai oleh Prof.Madya Dr Masnizah Mohamed dari               Society dan IEE Circuit and System Society Malaysia menjadi penaja teknikal bersama. Selain itu, Kerajaan Negeri
         Pusat Keselamatan Siber, FTSM, Ts Dr Nor Samsiah Sani dari Pusat Kecerdasan Buatan, FTSM serta Dr. A. Aldrie Amir    Terengganu turut memberi tajaan berbentuk kewangan kepada persidangan kali ini.
         dari Institute for Environment and Development (LESTARI), UKM.
                                                                                                                              Menteri Besar  Terengganu iaitu  YAB Dato Seri Dr.
         Objektif kajian adalah :                                                                                             Ahmad Samsuri Mokhtar telah menjadi perasmi
         i.   Menghasilkan satu kajian kebolehlaksanaan                                                                       bagi persidangan kali ini. Dalam persidangan kali
             tentang   pelaksanaan  Data   Raya   sebagai                                                                     ini, terdapat seorang pemberi ucap utama iaitu Prof
             instrumen pemantauan dan kesiapsiagaan dalam                                                                     Dr Magne Jogersen dari Simula Metropolitan Center
             menghadapi bencana;                                                                                              for Digital Engineering, University of Oslo, dan Oslo
                                                                                                                              Metropolitan University yang merupakan pakar
         ii.  Menyediakan  model    konseptual  berkaitan                                                                     tersohor dunia  dalam bidang Kejuruteraan  Perisian.
             infostruktur dan infrastruktur pengendalian                                                                      Selain itu, persidangan kali ini turut menjemput tiga
             maklumat bencana bagi kegunaan NDCC                                                                              penceramah jemputan dari bidang akademik dari UKM
             khususnya dalam bidang Artificial Intelligence                                                                   (Dr Abdullah Mohd Zin, Bekas Professor dari FTSM dan
             (AI) serta Geographical Information System (GIS),                                                                Prof, Madya Ir Dr Rosdiadee Nordin dari FKAB) dan ITB
             sebagai salah satu medium analisis penaakulan                                                                    (Prof Dr Andriyan Bayu Suksmono) serta penceramah
             Data Raya; dan                                                                                                   jemputan dari industri (Ts Noor Mohd Helmi Nong
                                                                                                                              Hadzmi, Ketua Eksekutif IX Telecom).
         iii.  Menetapkan  tindakan   susulan   ke   arah
             menghasilkan    tatacara  pemantauan    dan                                                                      Persidangan ini mempunyai tiga trek utama iaitu
             pelaporan bencana  peringkat pusat  yang lebih                                                                   Informatik,  Informatik  Gunaan  dan  Kejuruteraan
             komprehensif dan berkesan.                                                                                       Perisian. Pada kali ini, terdapat 60 kertas kerja dari tiga
                                                                                                                              trek ini dibentangkan oleh para peserta yang terdiri
         Terdapat lima laporan yang perlu disiapkan iaitu                                                                     pelbagai negara seperti Malaysia, Indonesia, Irqa, Iran,
         Laporan 1 berkaitan Piagam/ Pelan Permulaan Kajian,                                                                  United Kingdom dan lain-lain. Kesemua kertas kerja
         Laporan  2  berkaitan  Analisis  Jurang  Semasa  dan                                                                 ini akan diterbitkan dalam IEE Explorer pada tahun
         Penandaarasan, Laporan 3 mengenalpasti sumber                                                                        2021.
         data potensi analitik, Laporan 4 mencadangkan
         kerangka dan platform BDA dan Lapora n 5 berkaitan
         cadangan pelan hala tuju 2023 – 2027.
   71   72   73   74   75   76   77   78   79   80   81