Page 82 - AKSES vol3
P. 82

AKSES                                                     SY AR AHAN  PERD ANA                                                ADV ANCING  KNOWLEDGE  FOR  SUC CESS                       FT SM  UKM


         SYARAHAN PERDANA


         Prof. Dr. Abdullah

                              Mohd Zin
                                                                                                                              Persaraan

                                                                                                                                     Prof. Dr. Abdullah Mohd. Zin

         Syarahan Perdana Profesor adalah program pemasyuran ketokohan ahli akademik yang bergelar profesor atau profesor emeritus
         di  Universiti  Kebangsaan  Malaysia.  Tujuan  utama  program  ini adalah  untuk  berkongsi  dan  menyebarkan  ilmu,  kepakaran  dan
         penemuan inovatif seorang profesor UKM kepada khalayak ramai sebagai bukti ketokohan akademiknya. Di FTSM, seramai lima
         orang profesor telah menyampaikan syarahan perdana. Dimulai dengan, Prof. Emeritus Dato’ Dr. Tengku Mohd Tengku Sembok,
         Prof. Dato’ Dr. Halimah Badioze  Zaman, Prof. Dato’ Aziz Deraman, Prof. Emeritus Dr. Abdul Razak Hamdan dan yang terkini Prof. Dr.
         Abdullah Mohd Zin. Syarahan perdana beliau telah diadakan pada 30 Julai 2021 (Jumaat) menggunakan platform Webex. Tajuk yang
         dibicarakan beliau adalah “Pengaturcaraan Dalam Persekitaran Kacau Bilau.” Di bawah diberikan abstrak syarahan Prof. Dr. Abdullah
         Mohd Zin berkenaan topik tersebut:

         Perisian adalah penting dalam kehidupan kita. Satu masalah utama dalam pembangunan perisian ialah banyaknya projek perisian
         yang menghadapi kegagalan. Daripada kajian yang dilakukan oleh Kumpulan Standish pada tahun 2017, hanya 36% projek
         pembangunan perisian yang berjaya, manakala 64% lagi sama ada dipertikaikan atau ditolak. Terdapat beberapa penyebab kepada   Abdullah Mohd Zin dilahirkan di Kampung Surau, Pulai Chondong, Kelantan pada 20 Ogos 1961. Ayahnya adalah seorang penghulu
         kegagalan perisian, dan satu daripadanya ialah, akibat berlakunya suasana kacau bilau yang mengganggu proses pembangunan   manakala ibunya adalah seorang suri rumah. Beliau memulakan pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Pulai Chondong (1969-
         perisian.                                                                                                            1973). Selepas menamatkan pengajian di peringkat rendah, beliau meneruskan pengajian di Maktab Rendah Sains MARA, Kota
                                                                                                                              Bharu (1974-1978). Kemudian beliau mendapat tajaan MARA untuk melanjutkan pengajian pada peringkat A-Level di Aston College,
         Syarahan perdana ini mengemukakan pandangan bahawa masalah kegagalan perisian boleh diatasi dengan memastikan        Wrexham (1979-1980), dan seterusnya pada peringkat Sarjana muda Sains dalam bidang Matematik dengan Sains Komputer di
         pembangunan perisian dilakukan oleh juru atur cara yang berkualiti. Juru atur cara berkualiti hanya boleh dihasilkan melalui proses   Universiti of Southampton (1980-1983). Pengajian beliau pada peringkat siswazah mendapat tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam
         pengajaran dan pembelajaran pengaturcaraan yang berkesan. Untuk mencapai tujuan tersebut, syarahan ini membincangkan tiga   dan Universiti Kebangsaan Malaysia bermula dengan mengikut program Sarjana Sains dalam bidang Sains Komputer dan Statistik
         langkah yang telah dikemukakan bagi mengukuhkan pengajaran dan pembelajaran pengaturcaraan. Pertama, penggunaan kaedah   di University of  Wales, Cardiff (1983-1985) diikuti program PhD dalam bidang Sains Komputer di University of Nottingham (1990-
         pengajaran dan pembelajaran pengaturcaraan yang sesuai. Kedua, pembinaan budaya pengaturcaraan berkualiti sejak awal. Ketiga,   1994).
         penekanan kepada pemahaman dan pemilihan metodologi pembangunan perisian yang sesuai.
                                                                                                                              Kerjaya Abdullah  sebagai ahli  akademik di  Universiti Kebangsaan  Malaysia bermula  apabila beliau mendapat tawaran  untuk
         Pemilihan metodologi pembangunan perisian yang sesuai sangat penting terutamanya dalam menghadapi suasana kacau bilau.   berkhidmat sebagai tutor di Jabatan Sains Komputer, Pusat Pengajian Kuantitatif (PPK) pada 1 Ogos 1983. Pada 19 Oktober 1995
         Metodologi yang banyak digunakan pada masa ini adalah Metodologi Pembangunan Tangkas. Namun begitu bagi menghadapi   beliau dinaikkan pangkat ke jawatan Profesor Madya dan seterusnya pada 28 April 2006 sebagai Profesor dalam bidang Sains
         suasana kacau bilau, metodologi ini tidak sesuai. Suasana kacau bilau bukan sahaja melibatkan perubahan dalam keperluan perisian,   Komputer di Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (FTSM). Sepanjang perkhidmatannya, beliau telah terlibat mengendalikan
         tetapi juga perubahan dalam aspek yang lain seperti perubahan kos, perubahan masa dan perubahan teknologi. Justeru, bagi   beberapa kursus pada peringkat Sarjana muda dan Sarjana, menghasilkan lebih daripada 40 graduan penyelidikan, dan telah
         menghadapi suasana kacau bilau, syarahan ini mengemukakan satu metodologi baharu yang dikenali sebagai Metodologi Adaptif.  menerbitkan lebih daripada 150 artikel di dalam jurnal dan prosiding.


         Metodologi Adaptif ini didapati sesuai digunakan bagi proses pembangunan perisian berskala besar atau sangat besar. Namun bagi   Sekembalinya daripada mengikuti program PhD, Profesor Abdullah telah diberi kepercayaan memegang jawatan sebagai Ketua
         pembangunan berskala sederhana, penggunaan metodologi adaptif mungkin tidak sesuai kerana ia boleh melibatkan kos yang   Jabatan Sains Komputer, Fakulti Sains Matematik dan Komputer (1994-1995). Apabila Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (FTSM)
         agak besar. Bagi mengatasi masalah kegagalan perisian bagi projek bersaiz sederhana pula, syarahan ini turut memperkenalkan satu   ditubuhkan pada tahun 1995, beliau dilantik sebagai Ketua Jabatan Sains Komputer, FTSM (1995-1998) dan seterusnya Timbalan
         pendekatan pengaturcaraan pengguna akhir yang dikenali sebagai pengaturcaraan berasaskan blok.                       Dekan Akademik FTSM (1998-2000). Beliau sekali lagi diberi amanah untuk memegang jawatan pentadbiran setelah Timbalan
                                                                                                                              Dekan Pembangunan FTSM (2007-201 1) dan kemudiannya sebagai Dekan FTSM (2012-2020)
         Sebagai kesimpulannya, syarahan ini menyimpulkan hasil kerja yang dilakukan oleh saya dan kumpulan penyelidikan pengaturcaraan
         dan teknologi perisian, Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat. Seperti penyelidikan lain daripada dalam bidang Teknologi Maklumat
         dan Sains Komputer, penyelidikan yang telah dijalankan memberi sumbangan daripada segi teori, teknik dan juga pembangunan
         teknologi, terutamanya dalam bidang sains pengaturcaraan dan pembangunan perisian.
                                            Syabas Prof. Dr. Abdullah Mohd Zin!
   77   78   79   80   81   82   83   84