Page 42 - AKSES vol3
P. 42

AKSES                                                 AR TIKEL  PEN Y ELIDIK AN                                              ADV ANCING  KNOWLEDGE  FOR  SUC CESS                       FT SM  UKM


          FORUM, PERTANDINGAN VIDEO PENDEK & POSTER 2021 -
          KESEDARAN KESIHATAN MENTAL DI KALANGAN REMAJA


          Hadi Affendy Dahlan
          had86@uk m.edu .m y

                                                                                                                                   R A JAH 17.
                                                                                                                                   Iklan Pertandingan (kiri) dan Poster Forum
          Kebelakangan  ini,  masalah  kesihatan  mental  dikalangan  remaja  di  Malaysia  menjadi  satu  kerisauan.  Pada        (kanan) yang dikongsi dalam media sosial
          tahun 2020 sahaja, kes cubaan bunuh diri mencapai ratusan kerana tahap kesihatan mental pesakit yang lemah.
          Malah, gejala COVID-19 yang melanda dunia juga mungkin mengeruhkan lagi keadaan kerana bantuan pakar
          yang diperlukan oleh pesakit terhalang dan kurangnya pengetahuan kesihatan mental di kalangan ahli keluarga
          dan rakan kenalan boleh memberi kesan negatif yang mendadak kepada mental pesakit. Adalah penting bagi
          rakyat Malaysia terutama di kalangan pelajar untuk menyedari tentang pentingnya kesedaran terhadap penyakit
          mental, cara memelihara kesihatan mental yang baik dan pengesanan awal gejala masalah kesihatan mental yang
          memerlukan intervensi dan rawatan.

          Pada Semester 2 sesi 2020/2021, pihak VIDEO INNOVATION CLUB (VIC) telah berkolaborasi dengan pihak Mental
          Illness Awareness & Support Association (MIASA) bagi menjayakan satu program Pertandingan Video Pendek dan
          Poster: Kesihatan Mental – “Rawat Sebelum Parah” pada peringkat kebangsaan, berserta forum dan wacana yang
          bertemakan “Anda  Tertekan atau Kemurungan”. Matlamat pertandingan ini adalah untuk memberi kesedaran
          terhadap kesihatan mental di kala gejala pandemik COVID-19 yang masih melanda negara kita ini. Di samping                                                                           R A JAH 18.
                                                                                                                                                                                              Screenshot Forum bersama 4 panel sedang
          itu, Ia juga menggalakkan persaingan sihat dan mencungkil bakat peserta dari segi penghasilan video serta                                                                           berlangsung
          menyediakan  video  yang  berinformasi,  kreatif  dan  interaktif. Untuk  mendapat  tempat  pertama,  peserta  perlu
          menghasilkan video pendek atau poster yang dapat memberikan maklumat berkenaan kesihatan mental yang
          tepat, jelas dan menarik. Secara tidak langsung, peserta tersebut dapat mempelajari kepentingan kesihatan
          mental untuk kendiri dan juga berjaya menghasilkan sebuah media informasi ringkas yang boleh dikongsi kepada
          masyarakat.

          Semasa sesi penyampaian hadiah pemenang, Timbalan Dekan Prof. Madya Ts. Dr. Nurhizam Safie dijemput untuk
          merasmikan majlis ini. Kemudiannya, Forum yang bertemakan “Anda Tertekan atau Kemurungan” dibuat dengan
          menjemput tiga ahli panel iaitu: Panel Pertama – Dr Khadijah Hasanah Abang Abdullah, Pensyarah dan Pakar
          Psikiatri dari Universiti Sains Islam Malaysia (sudut Pakar); Panel Kedua – Puan Anita Abu Bakar, Pengasas dan
          Presiden MIASA  (sudut  Pertubuhan  Bukan Kerajaan);  dan  Panel Ketiga  –  Amir Hakim  B.  Mior  Kamarul Bahrain,
          pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Perisian, UKM (sudut Pelajar). Sesi perkongisan ilmu ini telah dibuka
          kepada  semua  yang  berminat  untuk  mengetahui  lebih  lanjut  berkenaan  masalah  tertekan,  kemurungan,  dan
          kesihatan mental. Ilmu yang dikongsikan merupakan pandangan dan pengalaman ahli panel tersebut berkenaan
          isu tekanan dan kemurungan.


          Rumusan beberapa ilmu yang dikongsikan dalam forum tersebut berkenaan tekanan dan kemurungan yang
          mempunyai impak kepada penulis adalah: 1) Tekanan adalah bukan kemurungan, tetapi merupakan salah satu
          punca kemurungan boleh berlaku; 2) Kemurungan tidak boleh diubati serta merta, ia perlu dilakukan secara            R A JAH 19.                               R A JAH 20.    Screenshot Perasmian Majlis oleh Timbalan Dekan Prof. Madya
          berperingkat; dan 3) Ahli keluarga dan rakan boleh membantu dengan bersabar dan memberi luang masa untuk            Screenshot sesi Penyampaian Hadiah bagi Pemenang  Ts Dr. Nurhizam Safie.
          mendengar luahan pesakit berserta mensyorkan pesakit bahawa mereka (ahli keluarga atau rakan) akan sentiasa
          membantu – (I am always here for you – contoh kata-kata kepada pesakit oleh Dr Khadijah Hasanah). Program ini
          telah berjaya dijalankan dengan penyertaan sebanyak 394 peserta. Pemenang video pendek dan poster boleh
          dilihat di halaman facebook VIC - https://www.facebook.com/ViCFTSM
   37   38   39   40   41   42   43   44   45   46   47