Page 43 - AKSES vol3
P. 43
AKSES AR TIKEL PEN Y ELIDIK AN ADV ANCING KNOWLEDGE FOR SUC CESS FT SM UKM
FORUM, PERTANDINGAN VIDEO PENDEK & POSTER 2021 -
KESEDARAN KESIHATAN MENTAL DI KALANGAN REMAJA
Hadi Affendy Dahlan
had86@uk m.edu .m y
R A JAH 17.
Iklan Pertandingan (kiri) dan Poster Forum
Kebelakangan ini, masalah kesihatan mental dikalangan remaja di Malaysia menjadi satu kerisauan. Pada (kanan) yang dikongsi dalam media sosial
tahun 2020 sahaja, kes cubaan bunuh diri mencapai ratusan kerana tahap kesihatan mental pesakit yang lemah.
Malah, gejala COVID-19 yang melanda dunia juga mungkin mengeruhkan lagi keadaan kerana bantuan pakar
yang diperlukan oleh pesakit terhalang dan kurangnya pengetahuan kesihatan mental di kalangan ahli keluarga
dan rakan kenalan boleh memberi kesan negatif yang mendadak kepada mental pesakit. Adalah penting bagi
rakyat Malaysia terutama di kalangan pelajar untuk menyedari tentang pentingnya kesedaran terhadap penyakit
mental, cara memelihara kesihatan mental yang baik dan pengesanan awal gejala masalah kesihatan mental yang
memerlukan intervensi dan rawatan.
Pada Semester 2 sesi 2020/2021, pihak VIDEO INNOVATION CLUB (VIC) telah berkolaborasi dengan pihak Mental
Illness Awareness & Support Association (MIASA) bagi menjayakan satu program Pertandingan Video Pendek dan
Poster: Kesihatan Mental – “Rawat Sebelum Parah” pada peringkat kebangsaan, berserta forum dan wacana yang
bertemakan “Anda Tertekan atau Kemurungan”. Matlamat pertandingan ini adalah untuk memberi kesedaran
terhadap kesihatan mental di kala gejala pandemik COVID-19 yang masih melanda negara kita ini. Di samping R A JAH 18.
Screenshot Forum bersama 4 panel sedang
itu, Ia juga menggalakkan persaingan sihat dan mencungkil bakat peserta dari segi penghasilan video serta berlangsung
menyediakan video yang berinformasi, kreatif dan interaktif. Untuk mendapat tempat pertama, peserta perlu
menghasilkan video pendek atau poster yang dapat memberikan maklumat berkenaan kesihatan mental yang
tepat, jelas dan menarik. Secara tidak langsung, peserta tersebut dapat mempelajari kepentingan kesihatan
mental untuk kendiri dan juga berjaya menghasilkan sebuah media informasi ringkas yang boleh dikongsi kepada
masyarakat.
Semasa sesi penyampaian hadiah pemenang, Timbalan Dekan Prof. Madya Ts. Dr. Nurhizam Safie dijemput untuk
merasmikan majlis ini. Kemudiannya, Forum yang bertemakan “Anda Tertekan atau Kemurungan” dibuat dengan
menjemput tiga ahli panel iaitu: Panel Pertama – Dr Khadijah Hasanah Abang Abdullah, Pensyarah dan Pakar
Psikiatri dari Universiti Sains Islam Malaysia (sudut Pakar); Panel Kedua – Puan Anita Abu Bakar, Pengasas dan
Presiden MIASA (sudut Pertubuhan Bukan Kerajaan); dan Panel Ketiga – Amir Hakim B. Mior Kamarul Bahrain,
pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Perisian, UKM (sudut Pelajar). Sesi perkongisan ilmu ini telah dibuka
kepada semua yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan masalah tertekan, kemurungan, dan
kesihatan mental. Ilmu yang dikongsikan merupakan pandangan dan pengalaman ahli panel tersebut berkenaan
isu tekanan dan kemurungan.
Rumusan beberapa ilmu yang dikongsikan dalam forum tersebut berkenaan tekanan dan kemurungan yang
mempunyai impak kepada penulis adalah: 1) Tekanan adalah bukan kemurungan, tetapi merupakan salah satu
punca kemurungan boleh berlaku; 2) Kemurungan tidak boleh diubati serta merta, ia perlu dilakukan secara R A JAH 19. R A JAH 20. Screenshot Perasmian Majlis oleh Timbalan Dekan Prof. Madya
berperingkat; dan 3) Ahli keluarga dan rakan boleh membantu dengan bersabar dan memberi luang masa untuk Screenshot sesi Penyampaian Hadiah bagi Pemenang Ts Dr. Nurhizam Safie.
mendengar luahan pesakit berserta mensyorkan pesakit bahawa mereka (ahli keluarga atau rakan) akan sentiasa
membantu – (I am always here for you – contoh kata-kata kepada pesakit oleh Dr Khadijah Hasanah). Program ini
telah berjaya dijalankan dengan penyertaan sebanyak 394 peserta. Pemenang video pendek dan poster boleh
dilihat di halaman facebook VIC - https://www.facebook.com/ViCFTSM