Page 40 - AKSES vol3
P. 40

AKSES                                                AR TIKEL  PEN Y ELIDIK AN                                               ADV ANCING  KNOWLEDGE  FOR  SUC CESS                       FT SM  UKM


         LANGGANAN SERVIS AWS CLOUD OLEH FTSM UNTUK                                                                           HASIL
         PENYELIDIKAN DAN PENGAJARAN

         Ahmad Tarmizi Abdul Ghani, Zarina Shukur                                                                             1.  Seramai 10  pensyarah dan 8 orang pelajar dari
         a tag@uk m.edu .m y                                                                                                      Pusat Kajian Keselamatan Siber, FTSM telah
                                                                                                                                  menggunakan AWS Cloud secara aktif untuk
                                                                                                                                  penyelidikan dan pengajaran.
          Pusat Kajian Keselamatan Siber, Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat UKM telah melanggan perkhidmatan
          AWS Cloud bermula dari Jun 2020 hingga Disember 2021 untuk tujuan penyelidikan dan pengajaran.                      2.  Jumlah perbelanjaan adalah sebanyak RM 7,000
                                                                                                                                  bermula dari Jun 2020 hingga Jun 2021.

          LATAR BELAK ANG
                                                                                                                              3.  Latihan  awal  penggunaan  AWS  telah  diadakan
                                                                                                                                  pada Ogos 2020 dihadiri oleh 20 orang pensyarah
          Perkomputeran awan merupakan sebahagian daripada Revolusi Industri 4.0. Ianya sangat penting pada hari ini              dan pelajar dari Pusat Kajian Keselamatan Siber,
          kerana tanpa perkomputeran awan maka sistem komputer akan menghadapi masalah keterskalaan. AWS merupakan                FTSM. Latihan diberikan oleh wakil AWS Malaysia
          antara komputeran awan yang terawal yang dimulakan semenjak tahun 2007 oleh Amazon untuk mengatasi                      iaitu Encik Thean Keong Kwan.
          masalah keterskalaan sistem komputer. Hari ini, komputeran awan sudah menjangkau masalah keterskalaan
          malah komputeran awan membolehkan pelbagai aplikasi diakses dari komputeran awan menggunakan internet.              4.  Latihan susulan dilaksanakan oleh Dr Ahmad Tarmizi pada bulan November 2020 untuk para pensyarah dan
          Komputeran awan penting untuk digunakan dalam organisasi hari ini kerana ianya dapat menjimatkan kos serta             pelajar dari Pusat Kajian Keselamatan Siber, FTSM.
          tidak membebankan organisasi untuk proses perolehan perkakasan seperti server dan workstation. Pengguna
          komputeran awan hanya perlu membayar untuk servis yang digunakan dan tidak perlu membayar jika servis tidak         5.  Latihan AWS ini turut diadakan untuk semua warga FTSM pada September 2021 secara online.
          digunakan. Ini memberikan penjimatan yang tinggi kepada organisasi kerana tidak perlu lagi membeli server yang
          mahal dan proses yang memakan masa untuk perolehan.


          AWS Cloud merupakan pembekal komputeran awan utama di dunia dan ianya bukan sahaja membekalkan servis
          virtual server sahaja malahan ianya juga mempunyai lebih daripada 175 jenis servis. Servis ini merangkumi
          Internet of Things, Blockchain, Machine Learning, Artificial Intelligence dan banyak lagi yang berguna untuk tujuan
          penyelidikan dan pengajaran. Servis hebat sebegini belum dapat ditandingi oleh pembekal selain AWS.


         OBJEK TIF


          Berikut adalah objektif utama langganan perkhidmatan AWS Cloud


          1.  Memperkenalkan penggunaan perkomputeran awan di kalangan pensyarah dan pelajar di FTSM, UKM.

          2.  Melatih pelajar dan pensyarah berkenaan penggunaan perkomputeran awan untuk tujuan pengajaran dan
             penyelidikan.
   35   36   37   38   39   40   41   42   43   44   45