Page 67 - AKSES vol3
P. 67

AKSES  AK TIVITI  PEN Y ELIDIK AN  ADV ANCING  KNOWLEDGE  FOR  SUC CESS             FT SM  UKM



 PENGALAMAN INDUSTRI DI INVOKE


 Masnizah Mohd
 masnizah.mohd@uk m.edu .m y


 Kelulusan menjalani cuti sabatikal di bawah kategori
 penempatan industri diperoleh bagi tempoh lima bulan
 bermula 1 Mac 2021 hingga 31 Julai 2021 di INVOKE Sdn.
 Bhd. iaitu sebuah data startup company yang aktif dalam
 industri pemasaran digital dan analitik data.  INVOKE mula
 ditubuhkan pada 2016 sebagai non-profit organization
 (NPO) dan organisasi sukarelawan. Pada 2018, ia dinaik
 taraf kepada organisasi komersil yang memfokus
 kepada aktiviti bisnes industri pemasaran digital, analitik   Adnexio: Aplikasi   Meniaga: Aplikasi   Decoris: Aplikasi
 data, pembangunan  aplikasi dan  soal selidik/tinjauan.     Portal Pekerjaan  Pesanan Makanan  Pemasaran Digital
 R A JAH 21.
 Organisasi di INVOKE diketuai oleh CEO iaitu saudara
 Rafizi Ramli dan sembilan orang ketua pasukan pelbagai
 unit iaitu; Systems, Creative, Commercial, Corporate   R A JAH 23.
 Services, Digital Marketing, Analytics, Call Centre, Growth
 Hack dan Finance. Saya telah ditempatkan di unit Analitik
 iaitu satu unit yang bertanggungjawab memperoleh,
 memproses, menganalisis, dan memodelkan data
 (berstruktur  dan  tidak berstruktur) dalam  membuat
 keputusan dan tujuan peramalan. Unit Analitik diketuai
 oleh En. Junaidi Mohd Noor dengan lapan orang ahli. 
 R A JAH 22.
 Aktiviti yang dibuat adalah memfokus kepada khidmat perundingan bersama melibatkan penyelidikan, projek dan produk
 di INVOKE. Pendedahan diberi dalam proses pembangunan produk seperti Adnexio, Decoris dan Meniaga. Antaranya
 seperti perundingan pembangunan recommender function dalam Adnexio dan Meniaga, modul gig economy dalam
 Adnexio iaitu job aggregator platform, dan sentiment tracker dalam Decoris (Rajah 21). Beberapa permohonan geran
 dan penulisan bersama antara UKM-INVOKE juga turut dibuat sebagai satu bentuk kolaborasi universiti dan industri.  


 Sesi pengenalan kepada unit, ahli dan aktiviti unit Analitik dibuat untuk membincangkan cadangan aktiviti, kerjasama
 dan kolaborasi. Sesi ini dibuat secara dalam talian susulan PKP 2.0. (Rajah 22) Satu latihan (INVOKE in-house training)
 telah dibuat kepada pasukan Sains Data dan Analitik di INVOKE dengan tajuk Ambiguity in Natural Language Processing
 pada 12 April 2021. Antara topik yang diperkenalkan ialah ambiguity, types of ambiguity, ambiguity in Natural Language
 Processing dan contextual Sentiment Analysis. Topik ini berpotensi diaplikasi dalam produk di INVOKE seperti Decoris
 dan Adnexio. (Rajah 23) Malah, satu webinar anjuran Fakulti Undang-Undang UKM pada 29 Mei 2021 bertajuk ‘Buli
 Siber: Realiti Buli Zaman Moden’ turut melibatkan aktiviti analitik data dengan bantuan perundingan dari unit Analitik di
 INVOKE. (Rajah 24)



                                                      R A JAH 24.
   62   63   64   65   66   67   68   69   70   71   72