Page 50 - AKSES vol3
P. 50

AKSES                                                AK TIVITI  PEN Y ELIDIK AN                                              ADV ANCING  KNOWLEDGE  FOR  SUC CESS                       FT SM  UKM



         POTENSI PENYELIDIKAN DENGAN JARINGAN INDUSTRI                                                                        PENGALAMAN SANGKUTAN INDUSTRI DI OPENLEARNING
         BERSAMA OPENLEARNING                                                                                                 BANTU INOVASI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

         Dian Indrayani Jambari                                                                                               Dian Indrayani Jambari
         dian@uk m.edu .m y                                                                                                   dian@uk m.edu .m y


         Platform OpenLearning merupakan produk hasil penyelidikan yang telah berjaya dikomersialkan. Sehubungan              OpenLearning merupakan syarikat teknologi yang membangunkan platform pembelajaran dalam talian
         dengan itu, OpenLearning menerapkan pendekatan penyelidikan dalam setiap perspektif bisnes mereka                    sebagai servis yang ditawarkan kepada institusi pendidikan di seluruh dunia. Sebagai penyelidik dalam bidang
         terutamanya dalam penambahbaikan platform tersebut. Antara potensi cabang penyelidikan tersebut ialah:               sistem maklumat, peluang sangkutan industri di OpenLearning telah membuka ruang untuk meninjau amalan dan
                                                                                                                              teknologi terkini yang berkaitan dengan inovasi pembangunan dan pengurusan sistem maklumat pengurusan
         •   Proses penambahbaikan kefungsian  sistem iaitu  pembangunan digital  badges  bagi proses  penilaian  hasil       pembelajaran (LMS).
             pembelajaran dalam talian. Penambahbaikan ini menunjukkan potensi penyelidikan dalam transformasi
             kefungsian sistem maklumat pengurusan pembelajaran bagi memenuhi keperluan pembelajaran dalam talian             Melalui latihan praktikal berkenaan kefungsian platform OpenLearning dan tatacara pengurusan pembelajaran
             yang berkesan.                                                                                                   secara sistematik melalui platform tersebut, kandungan kursus pengurusan sistem maklumat dapat dikemaskini
                                                                                                                              khususnya berkenaan pendekatan dan kefungsian terkini LMS yang menepati keperluan pengajaran dan
         •   Perancangan kefungsian baharu melalui integrasi teknologi terkini seperti Augmented Reality, IoT dan data        pembelajaran dalam talian sepenuhnya.
             analitiks di dalam platform OpenLearning juga membuka potensi penyelidikan dalam isu integrasi teknologi
             termaju dalam sistem maklumat.                                                                                   Selain itu, latihan intensif dalam pembangunan kursus dalam talian berdasarkan strategi pembangunan yang
                                                                                                                              berkesan  di  platform  OpenLearning  juga  telah  membantu  saya  menambahbaik  amalan  pengajaran  dan
         •   Amalan terbaik dalam pengurusan platform OpenLearning yang mengkhusus dalam pengurusan sistem                    pembelajaran dalam talian. Contoh penambahbaikan Ini dapat dilihat melalui pembangunan dua kursus pendek
             portal pembelajaran dalam talian bagi peringkat institusi memberikan potensi penyelidikan dalam aspek            menggunakan platform OpenLearning iaitu topik “Managing IT Acquisition: methods and processes” dan “Literature
             kualiti pengurusan sistem maklumat pengurusan pembelajaran dalam institusi pendidikan.                           Review for Academic Project: The basics for a first timer”. Latihan dan pendedahan ini sangat bertepatan dalam
                                                                                                                              meneruskan aktiviti pembelajaran dan pengajaran di kala kita berhadapan dengan cabaran pandemik.
         Selaras  dengan  perkembangan  dalam  teknologi  pendidikan  dan  ke  arah  merealisasikan  akses  pembelajaran
         dalam talian secara global yang dinyatakan dalam Blueprint Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pengajian Tinggi),
         usaha telah dibuat untuk mengukuhkan jaringan industri UKM dengan OpenLearning melalui perancangan projek
         usahasama antara kedua-dua organisasi. Antara projek usahasama tersebut adalah:


         •   Pembangunan “OpenCreds framework for Malaysia” iaitu kerangka kerja oleh OpenLearning bagi pembentukan
             dan pembangunan kursus micro-credentials mengikut standard MQA untuk penggunaan institusi pengajian
             tinggi di Malaysia.


         •   Merangka pelan strategi latihan pembangunan kursus latihan profesional dalam talian bersama Profesional
             UKM bagi kegunaan latihan warga UKM.

         •   Menjalankan siri latihan pembangunan kursus latihan dalam talian UKM menggunakan sumber dan inisiatif
             OpenLearning.

         Bersesuaian dengan bidang kepakaran pembangunan dan pengurusan sistem maklumat, pengalaman sangkutan
         industri ini telah membuka potensi bagi penyelidikan melalui keterlibatan dalam pasukan pembangunan dan
         pengurusan sistem OpenLearning.
   45   46   47   48   49   50   51   52   53   54   55