Page 55 - AKSES vol3
P. 55

AKSES  AK TIVITI  PEN Y ELIDIK AN  ADV ANCING  KNOWLEDGE  FOR  SUC CESS             FT SM  UKM
                Anugerah KID2021
 KEMUNCAK INOVASI DIGITAL 2021 (KID2021)


 Ts. Dr. Siti Fadzilah Mat Noor
 fadzilah@uk m.edu .m y




                                         Tahniah

 Kemuncak  Inovasi  Digital  (KID)  merupakan  acara  tahunan  bagi  mengiktiraf  hasil  projek  tahun  akhir  pelajar
 FTSM. Pada tahun ini KID 2021 dilaksana secara maya tetapi masih mengekalkan anugerah KID untuk meraikan
 pelajar yang telah berjaya menyiapkan projek tahun akhir dengan jayanya. Anugerah yang ditawar menjadikan
 budaya bersaing yang sihat supaya pelajar dapat menghasilkan projek yang terbaik. KID2021 telah diadakan pada
 1 Julai 2021 (Khamis). Matlamat utama program ini diadakan adalah untuk memperkasa projek tahun akhir pelajar
 Fakulti Teknologi Sains Maklumat (FTSM). Bagi merealisasikan matlamat tersebut, objektif program KID2021 adalah
 seperti berikut:



 Mengiktiraf hasil yang cemerlang daripada usaha pelajar



 Menyediakan platform untuk pelajar menonjolkan kemahiran insaniah




 Anugerah yang disediakan adalah seperti berikut:

    Anugerah Inovasi Digital (AID)
    Jumlah anugerah = 15: iaitu enam (6) untuk program Sarjana Muda Sains Komputer (SK), dan masing-
    masing tiga (3) untuk program Sarjana Muda Teknologi Maklumat (TM), Kejuruteraan Perisian
    (Pembangunan Sistem Maklumat) (SEIS) dan Kejuruteraan Perisian (Pembangunan Sistem Multimedia)
 (SEMM).

    Bentuk anugerah – hadiah wang tunai dan sijil digital untuk Johan, Naib Johan, dan tempat ke-3

    Pemilihan – Pencalonan oleh penyelia dan pemilihan pemenang berdasarkan rubrik yang telah ditetapkan
    oleh Jawatankuasa Program.
    Pemenang  dipilih oleh Jawatan Kuasa Program dengan mengambil kira pandangan pemeriksa.



 Penghargaan kepada semua Jawatankuasa Projek Tahun Akhir sesi 2020/2022, Ketua Program, Penyelaras
 Program dan Jawatankuasa Teknikal FTSM yang menjayakan program ini.





                      TIGA video dan pr ojek t er baik bag i setiap pr og r am dipapar dalam inf og r afik .
   50   51   52   53   54   55   56   57   58   59   60