Page 56 - AKSES vol3
P. 56
AKSES AK TIVITI PEN Y ELIDIK AN ADV ANCING KNOWLEDGE FOR SUC CESS FT SM UKM
MEMBINA HALA TUJU MELALUI JARINGAN DAN KOLABORASI
PINTAR
Masura Rahmat, Syahanim Mohd Salleh, Tengku Siti Meriam Tengku Wook dan Hadi Affendy Dahlan
masur a@uk m.edu .m y
Elemen utama dalam membentuk kejayaan sesebuah program adalah bagaimana meraih kepercayaan daripada
penaja dan pihak berkepentingan agar objektif sesuatu program dapat di realisasikan. Atas dasar tersebut, VIDEO
INNOVATION CLUB (VIC) telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan Bengkel Kolaborasi dan Jaringan Pintar
pada 23 Mac 2021. Bengkel yang dianjurkan pada semester 2 sesi 2020/2021 ini telah di buka kepada 45 ahli kelab
(VIC) yang aktif dengan matlamat mempersiapkan ahli dengan pengetahuan dan pengalaman sebanyak mungkin
untuk menghasilkan program berimpak dan mempunyai nilai tambah bukan sahaja kepada pelajar dan kelab Penampilan K has
malah lebih luas lagi kepada universiti dan komuniti. En. Tabah Syaz wan O thman
Tertarik dengan kejayaan penganjuran program Kayuhan Amal dan Sihat (KASIH), VIC berjaya meraih perhatian
pengasasnya iaitu En. Bisharuzi Omar dari Lestari UKM untuk berkongsi pengalaman mengendalikan program
tersebut. Lebih menarik lagi, bengkel secara dalam talian menggunakan platform Zoom ini dikejutkan dengan
penampilan istimewa En. Tabah Syazwan Othman, ikon media yang turut sama memberi panduan dan tunjuk ajar,
bermula dengan penghasilan kertas kerja dari perspektif penaja. Melalui bengkel ini, pelbagai ilmu pengetahuan
yang baharu berkaitan bajet dan pencarian dana dapat dikongsikan. Bengkel ini juga mendidik pelajar dalam
mencari penaja yang betul dan bersesuaian dengan program yang bakal dijalankan.
Hasil daripada program ini, penulis dapat simpulkan bahawa impak bengkel kepada ahli adalah seperti berikut:
1. Meningkatkan kefahaman pelajar dalam pelaksanaan sesuatu program dari segi penghasilan kertas kerja,
belanjawan dan permohonan dana;
2. Memberi ilmu pengetahuan yang baharu contohnya merangka strategi pencarian dana dan kenal pasti Panduan
kelemahan dan kekuatan bagi menjayakan sesuatu program;
3. Memberi pendedahan awal kepada pelajar dalam gaya penulisan kertas kerja yang menarik minat penaja agar
kemahiran ini dapat digunakan di masa hadapan; dan
4. Melahirkan pelajar yang serba boleh dan sentiasa berfikir di luar kotak agar dapat menghasilkan sebuah
program yang mempunyai identiti tersendiri.
G ambar Kenangan B ersama S ebahagian Dar ipada Peser ta B engkel.