Page 134 - The-5th-MCAIT2021-eProceeding
P. 134

merekodkan aktiviti pesakit luar dari daftar masuk sehingga selesai mendapatkan perkhidmatan (Ho 2013). Set
        data TPC untuk beberapa klinik kesihatan di Selangor telah diperolehi sebagai input kajian ini.

        1.1.  Latarbelakang

           Ahmad et al. (2017) menyatakan bahawa menunggu adalah fenomena lazim di ruang menunggu doktor.
        Tempoh  menunggu  yang  lama  adalah  pembaziran  dari  segi  sumber  manusia,  wang,  dan  masa  serta
        meningkatkan kekecewaan pesakit (Chen et al. 2016). Meramalkan tempoh menunggu pesakit luar di hospital
        atau klinik adalah aktiviti yang kompleks. Tempoh menunggu dipengaruhi oleh proses yang dilalui oleh setiap
        pesakit yang berbeza antara satu sama lain. Tempoh menunggu ini juga bergantung kepada proses yang dilalui
        oleh pesakit yang hadir lebih awal atau pesakit dengan keutamaan tertentu yang dibenarkan untuk memotong
        barisan menunggu. Terdapat juga faktor luaran yang tidak dapat dikawal seperti pendekatan setiap pegawai
        perubatan yang mendiagnos pesakit (Ahmad et al. 2017), keupayaan pesakit menerangkan simptom penyakitnya
        kepada pegawai perubatan, masalah berkaitan dengan bahasa pertuturan dan kepelbagaian ujian saringan yang
        perlu dilalui oleh pesakit (Chen et al. 2016).


        2.  Analisis Deskriptif Untuk Set Data Daerah Klang

           Analisis deskriptif adalah merangkumi pengumpulan data, penyusunan data, ringkasan data dan visualisasi
        data. Ianya bertujuan untuk menerangkan ciri-ciri sesebuah set data. Contoh analisa deskriptif adalah mencari
        nilai mean, median, jumlah, varians, nilai minimum, nilai maksimum, skewness dan sebagainya. Set data itu
        kemudian diwakilkan dalam bentuk graf dan carta bagi meningkatkan kefahaman (Loeb et al. 2017). Bagi kajian
        ini, penerangan tentang analisis deskriptif untuk tiga klinik kesihatan di daerah Klang akan diterangkan. Klinik
        Kesihatan(KK) diterangkan untuk KK Anika, KK Bukit Kuda dan KK Pandamaran. Hasil analisa deskriptif set
        data daerah Klang dengan menggunakan fungsi Python describe ( ) seperti dalam Jadual 1.

          Jadual 1. Keterangan set data daerah Klang
                                                                    ConsultationLen
                             DayOfMonth      Month      ArrivalHour                TimeWaiting
                                                                        gth
            Jumlah             261,297      261,297      261,297       261,297      261,297
            Purata              15.85        6.47         12.57         5.47         28.44
            Sisihan Piawai      8.73         3.46         4.02         20.38         26.32
            Min                 1.00         1.00         7.00          -765           0
            Maks                31.00        12.00        21.00        701.00        687.00





















        Rajah 1. Plot ketumpatan atribut TimeWaiting daerah Klang






        E- Proceedings of The 5th International Multi-Conference on Artificial Intelligence Technology (MCAIT 2021)   [121]
        Artificial Intelligence in the 4th Industrial Revolution
   129   130   131   132   133   134   135   136   137   138   139